Raih Sambutan Baik, Pawana Isabella Tambah Hari Pementasan Lagi!

Share

Persembahan teater Pawana Isabella yang mendapat sambutan hebat penonton di Istana Budaya bulan lalu dan bakal disambung persembahannya pada 13 hingga 16 September ini bersempena dengan Hari Malaysia.

Karya teater pengarah prolifik, Eirma Fatima itu yang telah pun dipentaskan pada 21 Ogos sehingga 31 Ogos lalu membariskan aksi para pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Janna Nick , Azar Azmi , Dato Afdlin Shauki dan Johan Raja Lawak.

Persembahan tambahan selama 4 hari itu secara tidak langsung memberi peluang kepada para peminat dan penyokong teater tempatan yang belum berkesempatan mendapatkan tiket persembahan sebelum ini.

Pawana Isabella akan membawa penonton ke suatu perjalanan yang bertemakan magis, menceritakan kisah keunggulan serta kejatuhan kerajaan Malayu Aksara di bawah naungan Raja Pawana dan Permaisuri Isabella.

Negara Aksara merupakan sebuah negara yang rakyatnya hidup di dalam keselesaan dan kemewahan namun mereka tidak pernah berasa syukur.

 

IKLAN