Rahsia Ikatan Pertunangan, Rupanya Sudah 4 Bulan Fara Hezel Bergelar Tunang Usahawan

Share

Penyanyi, Fara Hezel telah memaklumkan dan berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Mengejutkan, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan kelahiran Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamudin.

Difahamkan, penyanyi berusia 23 tahun ini mengikat tali pertunangan bersama usahawan tersebut pada 6 Julai yang lalu.

“Engagement Day Tengku Kamal & Fara Hezel #060719 #KamalFara,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat memberi ucapan tahniah kepada Fara dan mendoakan agar ikatan pertunangan membawa ke jinjang pelamin.

Sekadar informasi, Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri memaklumkan bahawa sudah mengenali jejaka tersebut kira-kira 3 tahun yang lalu.

Menurut Fara, majlis perkahwinan bakal dilangsungkan Disember hadapan.

Foto: Instagram Fara Hazel, Mstar Online

IKLAN