Ads

Rahsia Aliff Syukri Murah Rezeki, Muliakan Keluarga & Isteri! – “Pernah Belikan Barang Kemas Untuk Shahida Lebih RM100,000 Walaupun…”

Usahawan sensasi, Aliff Syukri percaya rezeki seseorang individu itu tidak akan pernah terputus sekiranya sentiasa merai serta mewahkan keluarga tercinta, termasuk pasangan hidup.

Menurut Aliff, 39, dia sendiri tidak berkira dan sanggup berbelanja lebih untuk menghadiahkan barang kemas kepada isterinya, Shahida Mohd Rashid, sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan.

“Apabila kita mewahkan isteri, mak dan keluarga, insya-Allah rezeki akan datang lebih banyak dan diluaskan lagi.

“Pernah saya belikan barang kemas untuk isteri lebih daripada RM100,000. Walaupun saya duta kedai emas Siti Jewels, saya tetap menyokong dan beli untuk isteri.

“Tambahan pula Ramadan dan Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi. Kebanyakan suami dapat bonus raya atau bantuan kerajaan, jadi eloklah beli barang kemas untuk isteri,” katanya.

Aliff yang sinonim menerusi lagu Abang Nak Tegur itu berkata demikian ketika ditemui pada acara perarakan bersempena pembukaan kedai emas Siti Jewels cawangan Bangi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ads

Mengulas lanjut mengenai acara tersebut, Aliff tidak menyangka menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai yang sama-sama bersorak ketika dirinya diarak menggunakan tandu mengelilingi lokasi tumpuan itu.

“Saya rasa macam putera raja. Impian nak terkenal satu Bukit Bintang akhirnya tercapai. Perarakan ini diadakan sempena pembukaan cawangan baharu di Bangi, Selangor.

“Saya bersama pelanggan Siti Jewels menaiki bas mengelilingi Kuala Lumpur dan turut serta dalam perarakan ini. Walaupun cuaca panas, tapi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan,” katanya.

Ads

Rahsia Aliff Syukri Murah Rezeki, Muliakan Keluarga & Isteri! – “Pernah Belikan Barang Kemas Untuk Shahida Lebih RM100,000 Walaupun…” Rahsia Aliff Syukri Murah Rezeki, Muliakan Keluarga & Isteri! – “Pernah Belikan Barang Kemas Untuk Shahida Lebih RM100,000 Walaupun…” Rahsia Aliff Syukri Murah Rezeki, Muliakan Keluarga & Isteri! – “Pernah Belikan Barang Kemas Untuk Shahida Lebih RM100,000 Walaupun…” Rahsia Aliff Syukri Murah Rezeki, Muliakan Keluarga & Isteri! – “Pernah Belikan Barang Kemas Untuk Shahida Lebih RM100,000 Walaupun…”

‘Alif Syukri & 40 Pencinta Emas’

Sementara itu, Pengasas Siti Jewels, Muhammad Solehuddin Shamsuddin memaklumkan, keuntungan syarikat menunjukkan peningkatan ketara sejak Aliff dilantik sebagai wajah wakilan.

“Semenjak perlantikan beliau, sambutan memang sangat menakjubkan dan luar biasa. KPI jualan bukan sahaja tercapai, malah melebihi jangkaan. Berbaloi melantik Datuk sebagai duta,” katanya.

Ads

Terdahulu, bersempena pembukaan rasmi cawangan baharu Siti Jewels di Bangi yang bertemakan ‘Alif Syukri dan 40 Pencinta Emas’ itu, acara tersebut diketuai sendiri oleh Aliff selaku duta.

Acara berkenaan diinspirasikan daripada karya agung seniman legenda, P. Ramlee, menerusi filem ikonik Ali Baba Bujang Lapok, sebelum diolah semula dengan sentuhan moden serta penuh kemewahan.

Perarakan tersebut turut diserikan dengan persembahan spontan daripada artis jemputan dan pempengaruh media sosial di beberapa lokasi terpilih sekitar ibu negara.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Lepas Gian, Saja Suka-Suka…,” – 10 Tahun ‘Gantung’ Kerusi Pengarah, Erma...

Sedekad selepas mengarahkan drama terbaik, Pesan Dari Tuhan, penerbit dan pelakon Erma Fatima kembali mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa keping foto yang seolah-olah memberi...
error: Hello. Cannot.