Pasangan selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina, tampil menghulurkan bantuan peribadi berjumlah Rp15 bilion (kira-kira RM3.7 juta) bagi meringankan beban mangsa banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Sumatera sejak minggu lalu.

Menurut laporan, dana tersebut diagihkan sama rata kepada tiga kawasan paling terkesan iaitu Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara, masing-masing menerima sekitar Rp5 bilion (RM1.23 juta).

Bantuan disalurkan melalui pasukan khas di bawah agensi RANS milik pasangan itu bagi memastikan setiap keperluan sampai kepada mangsa dengan lebih tersusun.

Raffi dan Nagita memaklumkan bahawa sumbangan tersebut diberikan selepas melihat kesukaran ribuan keluarga yang kehilangan kediaman, harta benda dan punca pendapatan akibat bencana berkenaan.

Ads

Raffi Ahmad, Nagita Slavina Hulur RM3.7 Juta Bantu Mangsa Banjir & Tanah Runtuh Di Sumatera

BACA JUGA: “Selesai Azankan, Saya Pandang Matanya,” – Raffi Ahmad Kongsi Kisah Asal Usul Anak Bongsunya, Lily

Ads

Mereka turut menyatakan harapan agar dana itu dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan awal termasuk penyediaan bekalan asas serta tempat perlindungan sementara.

Ads

Sebelum ini, pasangan tersebut turut terlibat dalam usaha pengumpulan dana melalui acara sukan Padel Wars yang menambah sumbangan sekitar Rp1 bilion (RM300,000) kepada tabung bantuan kemanusiaan berkenaan.

Imbas kembali, tragedi banjir dan tanah runtuh yang melanda Sumatera telah mengakibatkan kerosakan besar, memutuskan akses jalan utama dan menyukarkan operasi mencari serta menyelamat yang masih sedang dijalankan.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads