Raffi Ahmad Buat Korban 20 Ekor Lembu, Ada Yang Cecah Berat 1,300kg!

Share

Pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad, 35, turut melakukan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Raffi dan isteri, pelakon dan penyanyi, Nagita Slavina, 34, membeli sebanyak 20 ekor lembu untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.

Menerusi perkongsian video di saluran YouTubenya, RANS Entertainment, Raffi turut mendedahkan ada seekor lembu yang beratnya mencecah 1,300 kilogram diberi nama Onto Seno turut dikorbankan pada acara melapah hari ini.

Malah, Raffi turut berkongsikan gambarnya sedang duduk menunggang Onto Seno sebelum dia turut sama menyertai acara menyembelih lembu berkenaan.

Ketibaan Raffi disambut meriah segerombolan peminatnya yang mengerumuni kawasan sembelihan binatang korban tersebut.

“Lembunya 20 ekor, kambing sembilan ekor (untuk ibadah korban),” kata Raffi.

Kebanyakan lembu-lembu bersaiz besar itu dibeli Raffi menerusi sebuah pusat penternakan lembu di Cangkringan, Yogyakarta.

Pasangan selebriti popular ini turut mengagihkan daging korban ke beberapa lokasi seperti di Bandung, Andara, Lebak Bulus dan Tebet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Raffi Ahmad

IKLAN