
Pengacara dan penyampai radio, Radin selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Nur Amirah Shamsulbahrin dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills Private Event Estate & Lifestyle Suites, Ampang, Selangor.
Hanya dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar pasangan suami isteri tepat pada pukul 9.02 Jumaat malam.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Bukit Antarabangsa, Abdul Hakim Abdul Rahman.
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani memberi tiga dulang hantaran dan dibalas lima oleh pengantin perempuan.
Pemberian hantaran tersebut termasuklah seutas jam tangan dan pohon emas sakura
Pada majlis itu juga, Nur Amirah menerima mas kahwin berjumlah RM15,020.26 dan sebentuk cincin.
Majlis penuh sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat serta kenalan industri hiburan.
Antara rakan industri yang turut hadir adalah Bellas Astillah, Syed Saddiq, Erra Fazira, Nabil Ahmad dan ramai lagu.
Malah, majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kenamaan iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi