HomeBeritaRabbani, Lah Ahmad, Mawi & Oja Bakal Jayakan ‘Ensany Global Peace &...
Rabbani, Lah Ahmad, Mawi & Oja Bakal Jayakan ‘Ensany Global Peace & Makan Malam Amal’, Optimis Mahu Kukuhkan Nilai Keamanan, Kasih Sayang & Persaudaraan
Kumpulan Rabbani, Lah Ahmad, Mawi dan Oja menjadi barisan penyanyi yang bakal memeriahkan Program ‘Ensany Global Peace & Makan Malam Amal’ yang bakal berlangsung pada 30 November depan, jam 08.00 malam di IDCC Shah Alam, Selangor.
Azadan Abdul Aziz selaku ketua kumpulan nasyid Rabbani mewakili Rabbani Empire Resources berkata, mereka berbesar hati dapat kerjasama untuk mengadakan acara ini.
“Majlis ini diadakan dengan kerjasama Rabbani Empire Resources sebagai rakan strategik. Kami berbesar hati dapat sama-sama terlibat dalam acara ini. Selain rakan strategik, kami juga bakal melakukan persembahan bersama Lah Ahmad, Mawi dan Oja.
“Insya-Allah, majlis ini juga akan menampilkan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Al Makki yang bakal mengetuai bacaan doa dan alunan ayat suci Al-Quran.
“DJ Pyan dari IKIM FM pula akan bertindak sebagai pengacara program pada malam itu nanti. Semoga majlis ini akan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan,” katanya.
Ads
Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia komited dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan program.
“Kami telah lama berdedikasi dalam menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan, menyebarkan mesej kemanusiaan, dan memupuk semangat perpaduan.
Ads
“Dengan itu, program ini adalah manifestasi dari usaha kami untuk terus memperkukuh nilai-nilai keamanan, kasih sayang, dan persaudaraan sejagat.
“Ia juga diadakan dengan kerjasama rakan strategik kami Rabbani Empire Resources yang terdiri daripada ahli kumpulan Rabbani sendiri.
“Pemilihan artis terlibat berdasarkan pencapaian dan kredebiliti mereka dalam menyampaikan mesej-mesej kerohanian, kemanusiaan dan nasihat kepada peminat dan umum,” kata wakil Ensany menerusi kenyataan media.
Ads
Pakej meja dijual dengan harga RM10,000 (Platinum), RM7,000 (Emas), RM5,000 (Perak) dan RM3,000 (Gangsa) dan setiap meja boleh memuatkan 10 orang.
Program Ensany Global Peace bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi satu usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang universal.
Bagi yang ingin membuat tempahan meja atau seat program ‘Ensany Global Peace & Makan Malam Amal’ boleh melakukan carian ke akaun EnsanyMalaysia di Facebook atau Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Liza Hanim mengakui dirinya rasa agak berat hati untuk berjauhan dengan suami yang juga merupakan anggota kumpulan Indigo, Shahrin Samsudin buat sementara waktu.
Ini kerana menurut Liza, Shahrin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Klang, Selangor bagi memudahkan urusan sepanjang menyertai program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) memandangkan kawasan tersebut kini berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Dia dah ready. Perjuangan @shahrinsamsudin Indigo di Gegar Vaganza kali ni berbeza dengan perjuangan saya.
“Kami terpaksa berpisah sekejap kerana Klang akan berada di bawah PKPB.
“Kerana komitmen @gegarvaganzaofficial, abang kena keluar kawasan,” tulisnya.
Meski tempoh penguatkuasaan berjalan selama dua minggu, namun ia dirasakan lama buat mereka yang sering bersama.
“Dua minggu memang tak lama, tapi cukup lama untuk saya dan abang yang memang ke hulu ke hilir bersama.
“Semoga abang sentiasa di dalam lindunganNya yang. #hatimenangissiapayangtahu #akusayanglakiaku #teriaksakan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Liza yang juga merupakan naib juara Gegar Vaganza musim ke-4 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kejayaan Shahrin bersama kumpulan Indigo sepanjang bertanding di GV7.
Terdahulu, program realiti GV7 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Musa bakal mula bersiaran pada Ahad ini jam 9.00 malam eksklusif di saluran Astro Ria 104/123 dan juga Astro On The Go.
Sumber: Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak mudah menguruskan rumah tangga lebih-lebih lagi dengan kehadiran si kecil, pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui, kadang kala kehidupannya ibarat serba tidak terurus.
Tiada lagi istilah glamor dalam rutin hariannya ketika ini, ibu muda itu menjelaskan, kadang kala dia tidak ubah seperti orang gaji.
“Kalau kita duduk rumah, memang kita macam orang gaji. Sebab tak terurus.
“Kiranya, saya bukan lagi Elvina yang berlakon. Kalau di rumah, saya adalah seorang ibu yang sibuk menguruskan anak.
“Saya ada simptom mak-mak yang sejenis kurang percaya kalau orang luar uruskan. Senang lakukan sendiri, misalnya mandikan anak serta uruskan hal yang lain,” kongsi Elvina kepada MH.
Malah tambahnya, ada ketika soal penampilan diri juga tidak berapa dititik beratkan andai berada di rumah kerana apa yang lebih penting ialah hal soal tangga terjaga.
“Kalau dekat rumah memang saya tak uruskan diri. Tapi tak mahulah orang cakap bila dah ada anak, makin selekeh pula.
“Kadang-kadang saya juga akan ada masa untuk diri sendiri. Tak bolehlah kalau ada anak, kita tak terurus langsung pula kan,” maklumnya lagi.
Elvina bagaimanapun tidak menafikan akan kepentingan penampilan si isteri buat suami.
Terdahulu, Elvina dan rakan selebriti lain ditemui media pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2019 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), aktress Fasha Sandha dilihat mengisi masa dengan melakukan dekorasi bilik anak serta kucing peliharaannya.
Malah, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan turut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang untuk melakukan dekorasi tersebut sebelum kembali aktif di set penggambaran.
“Project PKP 2.0 Alhamdulillah bangga dapat buat sendiri semuanya Penat tapi berbaloi.
“Dapat siapkan bilik anak2 dan bilik kucing2. Now masa untuk fokus pada pengambaran drama terbaru.
“Jom siapa yang di rumah tapi takde idea nak buat apa, boleh ikut kami. #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang drama bersiri Semua Salahku ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor tidak akan meninggalkan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing meskipun kini kembali sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir sebagai penerbit atau pengurus produksi.