Kejayaan konsert ulang tahun ke-30 OAG yang berlangsung pada 25 Disember lalu menjadi detik terakhir perjalanan karier buat pemain drum mereka, Qi Razali yang nekad mengambil keputusan untuk berundur daripada kumpulan itu.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Qi atau nama sebenar, Qushairi Mohammed Razali Wong, 46, berkata dia berbuat demikian adalah demi kebaikannya sendiri.

“Okay, enough OAG, Qi is me again.

“Saya dah berfikir masak-masak dan buat keputusan.  Itu (konsert ulang tahun ke-30 OAG) adalah persembahan terakhir saya untuk OAG.

“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini.  Band tu tetap akan terus wujud, jangan risau.  Kekuatan band itu bukan pada drummer.  So boleh sahaja ganti mana-mana pun.

IKLAN

Qi Razali Umum Keluar OAG; “Jangan Tanya Kenapa Aku Buat Keputusan Ni, Pilihan Adalah Untuk Kebaikan Aku.” Qi Razali Umum Keluar OAG; “Jangan Tanya Kenapa Aku Buat Keputusan Ni, Pilihan Adalah Untuk Kebaikan Aku.” Qi Razali Umum Keluar OAG; “Jangan Tanya Kenapa Aku Buat Keputusan Ni, Pilihan Adalah Untuk Kebaikan Aku.”

“Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku.  Kalau kalian support kerjaya aku, sokonglah langkah aku kali ini,” tulis Qi.

IKLAN

Qi yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara turut memuat naik status mengatakan 2023 adalah tahun untuk dirinya menjadi seorang yang lebih ‘mementingkan diri sendiri’ dan enggan bercampur dengan individu yang berperangai toksik.

“Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni.  Aku ada hak.  Ini hidup aku.  Aku pilih jalan hidup aku.  Lu stay lu punya lorong okay?

IKLAN

“Adakah sebab aku ni terlalu lembut sampai orang pijak aku?  Tahun ni takde lagi ok?  Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya, aku pentingkan diri aku tahun ni.  Bye bye toxic people.  Shoo… shoo.. go away,” tulisnya lagi.

Selain Qi, OAG yang popular dengan lagu Slumber dan 60’s TV ini turut dianggotai vokalis, Radhi, Nizam (gitaris), Nazrin (bassist), Izmir (keyboardist) dan Ammal Bellamy selaku gitaris dan vokalis sampingan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI