MH ada terbaca satu tweet daripada Amyra Nadyaa atau lebih dikenali sebagai Naddy yang berkongsi kisah pengalamannya yang perah dipulaukan oleh rakan hanya kerana dirinya tidak menutup aurat sempurna seperti sahabatnya itu.

Jelas Naddy, rakannya itu bertudung labuh dan hafal Al-Quran, manakala dia tidaklah seperti rakannya itu.

Perkongsian gadis ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan sehingga kini tweet tersebut telah di retweet lebih 13 ribu pengguna twitter dan rata-rata berkongsi kisah yang hampir sama.

Disebabkan perbezaan tersebut, rakannya itu telah memutuskan persahabtan mereka namun memeranjatkan setelah dua tahun bertemu, Naddy memberitahu rakannya itu berubah menjadi seorang minah rempit

IKLAN

Walaupun ramai yang kurang bersetuju apa yang disampaikan oleh Naddy, namun MH cukup faham apa yang ingin disampaikannya.

IKLAN

MH tahu Naddy tidak bermaksud untuk menghina atau menjatuhkan rakannya itu tetapi ini pengalamannya dan ingin dikongsikan agar orang diluar sana tidak terus menghukum orang lain dengan semudahnya.

IKLAN

Sebab itu ada pepatah berkata, untuk mengajak seseorang itu melakukan kebaikan, jangan terus menghukum atau menilai, kita tidak tahu esok lusa apa dia akan jadi dan apa yang kita akan jadi.

Sebaiknya hanya doakan baik-baik dan janganlah hanya kerana beberapa sebab kecil kita terus memutuskan hubungan persahabatan. Tak begitu?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI