Puteri Sarah Liyana, Baby Kemalangan Jalan Raya

Malang tidak berbau apabila baru-baru ini pelakon dan isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusuf iaitu Puteri Sarah Liyana telah berkongsi detik menakutkan apabila terlibat dalam sebuah kemalangan kecil bersama anaknya.

Alhamdulillah syukur Allah. Harini dalam sejarah Sarah & Syaikhul terlibat dalam mild accident , orang langgar belakang kereta. Alhamdulillah my car takde pape just calar tapi kereta orang tu terok. . . Nak pesan sebelum keluar rumah WAJIB baca doa dan kalau boleh pasanglah cd ayat2 dalam kereta lagi2 baby ade skali. Janganlah masuk kereta terus pasang lagu. . . Sape yang ada anak kecik tu please, please, please CAR SEAT penting. Jgn nak dukung baby ke ape letak dalam car seat tu je. Syaikhul tengah tido dalam car seat tapi die terkejut jugaklah mase org langgar belakang tu. Nasib baik die good boy tak meragam then tido balik. All is well. Alhamdulillah syukur Allah jagakan sarah & syaikhul ❤️❤️

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

MH Online difahamkan kereta yang dipandu olehnya telah dilanggar oleh pemandu di bahagian belakang. Walaupun hanya mengalami kesan calar, Sarah memberitahu kereta yang melangar itu mengalami kerosakan teruk.

IKLAN

Sarah yang hanya berdua bersama bayi lelakinya Syaikhul Islam, memberitahu detik itu sangat mencemaskan memandangkan mereka hanya berdua di dalam kereta.

Namun, syukur semuanya terkawal dan anaknya dalam keadaan yang baik dan tidak meragam kerana terkejut.

“Alhamdulillah syukur Allah. Harini dalam sejarah Sarah & Syaikhul terlibat dalam mild accident , orang langgar belakang kereta. Alhamdulillah my car takde pape just calar tapi kereta orang tu terok,” tulisnya di akaun Instagramnya.

Berkongsi pengalaman di ruangan kapsyen, Sarah turut menasihati pengikutnya untuk mengambil langkah penjagaan ketika memandu seperti baca doa menaiki kenderaan terlebih dahulu untuk mengelakkan segala kejadian yang tidak diingini berlaku.

IKLAN

“Nak pesan sebelum keluar rumah WAJIB baca doa dan kalau boleh pasanglah cd ayat2 dalam kereta lagi2 baby ade skali. Janganlah masuk kereta terus pasang lagu,” tulisnya lagi.

Malah, Sarah juga mengingatkan para ibu bapa yang punyai anak kecil untuk mengambil serius tentang penggunaan car seat khusus untuk bayi kecil dan elakkan memandu sambil mendukung anak.

“Sape yang ada anak kecik tu please, please, please CAR SEAT penting. Jgn nak dukung baby ke ape letak dalam car seat tu je. Syaikhul tengah tido dalam car seat tapi die terkejut jugaklah mase org langgar belakang tu. Nasib baik die good boy tak meragam then tido balik. All is well. Alhamdulillah syukur Allah jagakan sarah & syaikhul,” tulisnya dengan penuh kesyukuran.

Syukur semuanya dalam keadaan baik dan mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan. Moga selepas ini Sarah lebih berhati-hati ketika memandu.