Pelakon Amar Baharin berkongsi petikan hadis yang menyentuh soal ibadah berpuasa dan keutamaannya.
Menurut hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa Allah pernah berfirman setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa kerana puasa itu untuk Allah dan Dia sendiriyang akan memberi balasan.
“Bab keutamaan puasa;
“Hadis Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman “Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa.
“Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan memberi balasannya. Dan puasa itu adalah benteng, maka apabila suatu hari seorang dari kami sedang melaksanakan puasa, maka janganlah dia berkata kotor dan berteriak.
“Jika ada orang lain mencaci atau mengajak berkelahi maka katakanlah, ‘Aku sedang berpuasa’.
“Dan demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang puasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman minyak misik. Dan bagi yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan, yaitu kegembiraan ketika berbuka dan ketika berjumpa dengan Rabb-nya dia gembira disebabkan ibadah puasanya itu,” antara kata-kata yang dikongsikan.
Lagu Setanggi Syurga yang pernah dinyanyikan kumpulan nasyid, InTeam lebih 16 tahun lalu kini dirakamkan semula dengan nafas baru yang lebih segar.
Versi baru single yang pernah dimuatkan menerusi album kumpulan berkenaan, In-Team ‘04 itu turut menampilkan penyanyi popular, Khai Bahar.
Kini disebut sebagai Setanggi Syurga 2020, syarikat rakaman 17Eleven Music bakal melancarkan Setanggi Syurga 2020 pada 21 April lalu bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Muhammad Hazamin Harun yang juga anggota kumpulan Inteam berkata, kerjasama dengan Khai tercetus selepas kejayaan lagu Sesungguhnya, iaitu kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar tahun lalu.
“Selepas lagu Sesungguhnya kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar meletup pada Ramadan tahun lalu sehingga tular, kami melihat masih ramai sebenarnya yang merindui alunan lagu nasyid.
“Ditambah pula dengan kolaborasi lama dan baru menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan kepada peminat ketika ini.
“Maka dari situ kami mula merancang untuk membuat kolaborasi sedemikian. Disebabkan lagu ini mahu dilancarkan pada bulan Ramadan, jadi kami perlu mencari lagu yang paling sesuai,” katanya.
Menurut Hazamin, lagu Setanggi Syurga berbentuk munajat dan berkaitan dengan syurga.
”Memandangkan kami bercadang melancarkan kolaborasi ini pada bulan Ramadan, jadi kami memilih lagu berbentuk munajat dan berkaitan dengan Syurga ini.
“Kebetulan pula kami pernah melihat video Khai Bahar menyanyikan lagu ini dalam persembahan,” katanya.
Mengenai pemilihan Khai, Hazamin berkata penyanyi lagu HatiNyawa itu mempunyai karektor suara unik selain imej positif yang dimiliki.
“Kami melihat Khai kerana dia penyanyi yang berpewatakan sangat baik dan berimej positif. Tambahan pula dia banyak menyanyikan lagu ketuhanan.
“Dalam masa sama, Khai memang meminati lagu Inteam dan pernah membawa lagu kami dalam persembahan. Pendek kata, Khai sudah faham dan tahu mengenai lagu Inteam,” katanya.
Berbeza daripada lagu asal, Setanggi Syurga 2020 menampilkan susunan muzik dan cara nyanyian yang lebih matang.
“Lagu Setanggi Syurga 2020 ini menampilkan kelainan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian juga. Muzik kali ini banyak menampilkan instrumen ‘live’ dan lebih bersifat akustik berbanding yang terdahulu. Susunan muzik dan cara nyanyian juga lebih ‘catchy’ dan matang.
”Insya-Allah, kami yakin lagu ini akan pergi jauh dan mendapat tempat dalam kalangan peminat Inteam dan Khai bahkan penggemar industri muzik tanah air keseluruhannya.
“Ini kerana lagu ini ada kekuatan tersendiri, ciptaan gandingan mantap komposer Isman Hijjaz dan penulis lirik Ito Lara yang pernah menghasilkan banyak lagu nasyid popular era hujung 90-an dan awal 2000,” katanya.
Dalam masa sama, Hazamin berkongsi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang tidak menghalang mereka untuk terus mempromosikan lagu itu.
”Insya-Allah, kami akan menggunakan segala ruang yang di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.
“Kami juga akan mengadakan sesi siaran langsung di IG sempena pelancaran lagu di media sosial untuk merancakkan lagi promosi lagu ini.
“Selain itu, kami juga mungkin akan merakam video nyanyian lagu ini dalam versi PKP yang akan dirakam di rumah masing-masing,” katanya.
Selain Hazamin, Inteam turut dianggotai oleh
Mohd Syahril Abd Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.
Sementara itu, Khai pula menambah, dia teruja apabila pertama kali mendapat tawaran daripada Inteam sekali gus tanpa berfikir panjang menerima pelawaan itu.
“Pihak Inteam ‘approach’ saya dan sangat teruja. Tanpa fikir panjang saya terus terima. Kebetulan saya memang nak berkolaborasi dengan kumpulan nasyid antaranya Inteam. Terima kasih pada Inteam kerana beri saya peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama.
“Sebelum ini, kami belum pernah bekerjasama. Kiranya, lagu ini adalah kerjasama pertama kami. Memang sangat teruja dan harap semua dapat terima dengan baik,” katanya.
Mengenai lagu itu, Khai mengakui Setanggi Syurga ada lagu kegemarannya.
“Ramai sudah tahu lagu ini. Ia sedap didengar dan antara lagu kegemaran peminat lagu nasyid dari dahulu sampai sekarang.
“Malah, ia juga lagu kegemaran saya. Jadi, bagi saya kenapa tidak untuk rakamkan lagu ini tapi dengan versi yang lebih segar,” akui Khai.
Menyentuh soal perbandingan yang bakal timbul membabitkan kolaborasi dirinya bersama Inteam dengan Raihan dan Alif Satar, Khai berkata perkara itu tidak seharusnya timbul.
“Saya sudah bersedia dengan apa juga maklum balas. Cuma bagi saya, tidak perlu dibandingkan.
“Sebab, untuk lagu sedia ada, yang sedap dan pernah dengar, jika diberi nafas baru ia akan menjadi satu kelainan. Jadi bagi saya, tak rasa akan ada isu perbandingan ini,” katanya.
Terdahulu, muzik video lagu Setanggi Syurga 2020 telah dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada Selasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan penyanyi, Mila Jirin berkongsi petikan artikel yang menyebut Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan persiapan haji dan umrah untuk tahun ini.
Satu berita yang cukup mendukacitakan bagi seluruh umat Islam di dunia ketika ini. Menerusi petikan berkenaan, kerajaan Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah namun dalam keadaan wabak Covid-19 yang melanda, mereka mahu melindungi kesihatan umat Islam.
“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah. “Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat. “Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
“Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.
“Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
“Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.
Haji ialah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi. –
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...