Protege Misha Omar, Elvira diumumkan sebagai juara program realiti, Mentor Otai, sekali gus menewaskan tiga peserta lain pada saingan final yang bersiaran secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kemenangan Elvira atau nama lengkapnya Elvira Carrie Olga Nurul, 38, menyaksikannya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Protoge Misha Omar, Elvira Juara Mentor Otai!

Elvira mengalunkan dengan cemerlang dua buah lagu iaitu Bukan Sia Tapi Aku dan Nur Nilam Sari, duet bersama Azlan Typewriter.

IKLAN

“Kemenangan ini tidak akan memberi makna dengan sokongan Mak (Misha Omar) dan semua yang terlibat dalam program ini. Cuma jujurnya saya tidak sangka dengan kemenangan yang diraih.

 

“Saya anggap Aznee sebagai saingan terdekat kerana dia menyanyi daripada hati. Apa pun, terima kasih atas sokongan semua,” katanya kepada MH.

Aznie Ariffin(Aznee),41, yang merupakan protoge kepada Zarul Husin pula menduduki tempat kedua dan menerima wang tunai RM50,000 dan trofi.

Sementara tempat ketiga, Alina Hassan yang juga protege Sarah, berpuas hati dengan wang tunai RM20,000 dimenanginya selepas selesai mendendangkan Terasing dan Fatwa Pujangga.

Protege kepada Tam Spider, AJ atau nama penuhnya, Kamarol Azril Al’azemi pula meraih tempat keempat. AJ memenangi wang tunai RM10,000 beserta trofi.

IKLAN

Protoge Misha Omar, Elvira Juara Mentor Otai!

Para peserta Mentor Otai Final yang pertama diadili juri yang mewakili 50 peratus, sementara selebihnya juri awam iaitu 30 peratus dengan baki undian penonton.

IKLAN

Terdahulu, keempat-empat finalis membuat dua persembahan solo dan duet dengan penyanyi jemputan.

Turut sama membuat penampilan pada saingan akhir Mentor Otai ialah Kugiran Masdor dan persembahan penutup dari Saleem.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155605701803435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI