
Semalam anak kepada pasangan popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana telah menyambut hari kelahiran yang ke-4 tahun.
Majlis yang bertemakan ‘Mermaid Party’ itu turut diserikan lagi dengan kehadiran teman-teman Aaisyah di sekolah.
Momen-momen tersebut telah diabadikan oleh ibunya, Che Ta di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun, majlis tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir netizen yang menyifatkan pakaian Aaisyah terlalu seksi dan tidak sesuai untuk digayakan oleh seorang kanak-kanak.
Dalam pada itu, mereka turut menasihati Che Ta supaya melindungi anaknya itu daripada gangguan golongan pedofilia yang banyak bersembunyi di sebalik akaun sosial media ketika ini.
Bagi MH, tidak salah untuk kita membuat teguran tetapi hendaklah dengan cara berkhemah supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Tambah pula, Aaisyah masih lagi anak kecil dan tidak mengetahui mengenai permasalahan ini.
Apa-apa pun selamat hari lahir diucapkan kepada Aasyiah Dhia Rana.
Foto: Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI