“Profesional But Dalam Hati Siapa Tahu,” – Tular Rakaman Izreen Azmida Mohon Maaf Pada Bekas Isteri Suami, Ramai Luah Kongsikan Rasa

Share

Nama pelakon Izreen Azminda dan Intan Liana kembali mendapat perhatian selepas keduanya dipertemukan menerusi program Melodi Raya, baru-baru ini.

Menerusi potongan rakaman video yang dikongsi warga net di media sosial, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam dilihat memohon maaf secara terbuka di atas apa sahaja yang berlaku terhadap Intan.

Jelasnya lagi, ia merupakan pertemuan pertama mereka selepas beberapa tahun tidak bersua muka.

“See my reaction omg!!! Because of work be professional but dalam hati siapa tahu #melodiraya,” tulis seorang warganet di ruangan kapsyen rakaman video tersebut.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut meluahkan rasa selepas melihat rakaman video berdurasi 32 saat itu.

Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.

Sumber: Carian Twitter

IKLAN