“Princess Has Arrived,” – CP Sarimah Ibrahim Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Tahniah

Share

Menerusi Insta Story yang dikongsikan satu jam lalu, Che Puan Sarimah Ibrahim mengesahkan dia telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

“Alhamdulillah. Updates Coming Soon. #tunkuxishere #princesshasarrived #nadzimuddinclan #giftfromheaven.”

Hos terkenal itu juga berkongsi debaran yang dialami seperti pemeriksaan kontraksi dan jantung bayi di ruangan Insta Story buat tatapan semua.

Malah, Sarimah ada meluahkan kesyukuran kerana hari bersalin jatuh pada hari Jumaat yang juga merupakan tarikh lahir DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Tahniah buat Sarimah dan suami. Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu bapa.

Foto : Instagram Sarimah Ibrahim

IKLAN