Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, berita mengenai kehamilan si isteri pastinya menjadi khabar paling gembira buat mereka yang bakal bergelar bapa.

Lebih bermakna, apabila berita tersebut dibuat secara spontan dengan memberi kejutan yang sejali gus mengundang tawa pasangan suami dan isteri.

Itulah situasi yang lalui suami Elfira Loy, Faris Anuar yang menerima kejutan dari pelakon berkenaan.

Menerusi sedutan video pendek yang dikongsi El, Faris kelihatan membuka kotak besar yang terisi dengan belon dengan petikan ‘ready to change diapers, Daddy’.

IKLAN

Faris yang kelihatan terpinga-pinga tergelak lalu membuka satu lagi kotak kecil yang dipercayai kit ujian kehamilan.

“Pregnant…Seriuslah?”, tanya Faris kepada El sambil mendekati isterinya itu dengan wajah yang cukup teruja.

IKLAN

“The dat when i suprised my husband with the pregnancy news tahr i not even sure HAHA,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen pada video berkenaan.

Di ruangan komen pula, rata-rata menyatakan rasa gembira dengan video spontan tersebut. Malah, ucapan tahniah juga tidak putus-putus diterima mereka.

IKLAN

Terdahulu, El selamat menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu.

Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan runah tangga pada 1 Januari 2019. Tahniah kalian!

Foto: Instagram Elfira Loy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI