MH terkejut dan agak cemas apabila melihat sebuah video di mana ketiga-tiga ahli UNIC meminta orang ramai terutama rakyat Malaysia untuk mendoakan mereka.

Seperti yang semua tahu kini mereka bertiga sedang sibuk dengan misi bantuan di Syria. Namun melalui video di Instagram, salah seorang ahli kumpulan, Bazli menceritakan kerisauan mereka sekarang.

Menurut Bazli, sewaktu di lapangan terbang Turki, mereka langsung tidak menyedari apa yang ada di belakang pasport mereka bertiga.

Namun setelah dibelek, baru mereka sedar rupa-rupanya ada satu cop meminta mereka bertiga untuk ke balai polis berdekatan untuk melapor diri.

IKLAN

“satu kesilapan besar UNIC baru perasan, di pasport kita sebenarnya ada tulis sila ke balai polis untuk sahkan, bagi semua rakyat Malaysia doakanlah. Kita di negara orang ni macam-macam boleh jadi tambah negara perang pula, isu perang pula. Lebih ketat dengan isu Palestin lagi, jadi kami harap mohon doa sangat… ” kata Bazli dengan penuh kerisauan di wajah.

Mereka turut memberitahu kemungkinan besar kerana logo Misi Care yang telah menyebabkan ahli imegrasi di sana mula syak mereka semua ingin memasuki Syria secara haram.

Malah pihak berkuasa juga mula syak mereka semua membawa alat-alat bantuan untuk membantu  dan melaksanakan sesuatu misi.

Apa yang lebih mengeruhkan, kerana kurang berpengalaman berhadapan dengan situasi seperti ini, salah seorang mereka menjawab dengan sejujurnya hingga tidak perasan mereka di cop dan disuruh untuk ke balai polis.

IKLAN

DOAKAN KAMI !!!

A post shared by UNIC (@unicofficials) on

Terbaharu MH ada melihat perkembangan mereka dan apa yang MH dapati admin page untuk UNIC telah melaporkan kini ketiga-tiga mereka telah di tahan.

IKLAN

Allahu, MH doakan agar mereka bertiga selamat dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Malah kami juga harap segala dipermudahkan.

[admin] – diberitakan unic kini ditahan #prayforunic

A post shared by UNIC (@unicofficials) on

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI