Seorang Pegawai Perhubungan yang dikenali dengan nama Dankerina Evanglista, baru-baru ini ada memuat naik satu status dan gambar di akaun Facebooknya tentang seorang artis yang tidak membayar sejumlah wang kepadanya.

Menerusi perkongsiannya itu disertakan sekali screenshot perbualannya bersama artis melalui aplikasi Whatsapp.

Status pada perkongsian Danker  itu menyatakan bahawa sejak dari 20 Jun hingga 20 September bayarannya masih belum dapat lagi walaupun sudah banyak kali diminta daripada artis tersebut.

“Dari 20hb jun

Hari ini 20hb sept

Kata nk bayar

150 kali minta

Watsap baca

Tp senyap

Adoi….

Mcm ni punyer org pun ada

Kesiankan….,” tulis statusnya yang meluahkan rasa kecewa pada artis berkenaan.

Pada screenshot perbualan yang dikongsi pula terlihat, kerap kali juga Danker meminta bayaran namun kebanyakan mesejnya tidak dihiraukan walaupun mesej tersebut sudah dibaca oleh artis itu.

PR Tuntut Bayaran Daripada Artis

IKLAN

PR Tuntut Bayaran Daripada Artis

PR Tuntut Bayaran Daripada Artis

IKLAN

PR Tuntut Bayaran Daripada Artis

Menerusi ruangan komen pula Danker ada menyatakan jumlah bayarannya yang perlu dibayar berjumlah RM700.

IKLAN

PR Tuntut Bayaran Daripada Artis

Diharapkan agar artis tersebut dapat menjelaskan bayarannya yang tertunggak daripada bulan Jun yang lalu.

Tidak baik kita buat orang tertunggu-tunggu bayaran yang sepatutnya sudah lama diselesaikan.

Sumber: Facebook Dankerina Evangelista

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI