Tampil dengan persembahan memukau, pasangan adik beradik, Ieda Zikir dan Shiha Zikir mencipta kejutan apabila dinobatkan selaku juara Famili Duo musim keempat.
Kemenangan tersebut membolehkan duo ini membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Selepas diumumkan selaku juara, Shiha nyata tidak dapat menahan sebak memandangkan ini merupakan kali pertama dia dinobatkan selaku juara bagi pertandingan nyanyian.
Ads
Malah, persembahan kedua Shiha dan Ieda yang membawakan tema silat turut menerima standing ovation dan markah ‘perfect 10’ daripada kedua-dua juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu.
Manakala, tempat kedua pula berjaya dirangkul oleh pasangan duo sepupu iaitu Ayie Floor 88 dan Salma Asis seterusnya menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.
Ads
Tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 jatuh kepada satu lagi duo sepupu iaitu Tomok dan Sharul Kamal.
Pentas akhir Famili Duo telah berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam, Selangor pada Ahad dan dihoskan oleh pasangan selebriti Janna Nick dan Sharif Zero.
Ads
Pentas Akhir ini turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada Mas Idayu.
Terdahulu, Famili Duo yang bersiaran selama lapan minggu menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Nur Amalina Jasmin mengakui dia pernah berdepan masalah jerawat yang sangat serius dan kulit muka breakout sekali gus menyebabkan keyakinannya berkurangan.
Nur Amalina mula dikenali di media sosial apabila salah satu videonya yang menggayakan busana sebuah jenama menjadi viral di TikTok.
“Saya antara pempengaruh yang mempromosikan pelbagai jenama dalam bidang fesyen dan kecantikan. Video pertama saya, saya pernah kena body shaming.
“Orang cakap saya terlalu konfiden walaupun badan besar. Daripada kritikan yang saya dapat, saya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk terus yakin dan beri inspirasi kepada orang.
“Kalau tanya saya sedih ataupun tidak? Semestinya sedih pada awalnya. Namun, saya kena hadap sebab ini pilihan saya untuk tonjolkan diri kepada khalayak umum.
“Konten ‘fyp’ kita tak boleh jangka. Saya perlu jalani kehidupan seperti biasa,” katanya yang turut mengakui akan kepentingan penjagaan kulit wajah demi keyakinan diri.
“Saya percaya, bila seseorang itu sedang berhadapan dengan masalah kulit, ia boleh membuatkan diri rasa stres. Misalnya bila wajah ‘breakout’ saya tak boleh mengenakan solekan.
“Mujur saya buat konten fesyen juga. Kalau ada hari muka saya seperti tak berapa baik, saya akan berhenti buat review produk kecantikan. Saya fokus buat konten fesyen dahulu,” katanya lagi.
Dia pada masa sama tidak kisah berbelanja lebih untuk membeli produk penjagaan kulit.
“Produk untuk menjaga kulit muka selalunya tahan lama. Saya akan berhabis dalam RM200 hingga RM300 sebulan. Kita semua kena jaga penampilan dan perlu tunjuk keyakinan diri.
“Semua orang boleh cantik dan perlu berusaha menjadi cantik,” katanya yang turut menjelaskan keluarga menjadi sumber kekuatannya terhadap apa yang dilakukan ketika ini.
Amalina yang ditemui selepas majlis ‘Pastels Community Get-Together’ di Cyberjaya, baru-baru ini.
Sementara itu, pengasas The Pastels Shop, Sarini Zainal berkata, acara berkenaan diadakan sebagai meraikan pencapaian terbesar pertumbuhan jenama itu.
Selain itu, pihaknya optimis di dalam memperkasakan pengguna melalui pendidikan dan ketelusan dalam penjagaan kulit terutamanya dalam mengetengahkan dua produk terbaik jenama mereka iaitu Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution.
Invisible Sunscreen, produk yang diformulasi dengan bahan berasaskan air dan mesra wuduk misalnya, sukses meraih populariti luar biasa dan viral di TikTok dengan lebih250,000 ribu unit jualan.
Kejayaan ini mencerminkan pemahaman The Pastels Shop terhadap keperluan penjagaan kulit pengguna Malaysia.
“Selama bertahun-tahun, ramai di antara kita yang menggunakan produk penjagaan kulit yang direka untuk iklim luar negara sehingga mendapati ia terlalu berminyak, mengeringkan atau terlalu berbau.
“Jadi seebagai jenama tempatan, kami menangani cabaran ini dengan menghasilkan produk yang disesuaikan dengan iklim dan cita rasa pengguna dengan harga mampu milik bermula dari RM8.90 hingga RM89,” katanya.
Sebagai graduan kejuruteraan kimia dan biologi dari Korea University, Sarini bertekad untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai jenama penjagaan kulit tempatan.
“Kami membina kepercayaan dan keyakinan terhadap keselamatan serta kualiti formulasi kami dan Pastels Community adalah platform media sosial yang menjadi medium saya berkongsi tips kecantikan dan nasihat penjagaan kulit.
“Saya berharap Pastels Community yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan ini menjadi pempengaruh dalam menyebarkan ilmu kecantikan dan produk yang selamat kepada masyarakat,” katanya.
Dia pada masa sama turut bercadang menubuhkan The Pastels Shop selain mempelbagaikan aktiviti Pastels Community seperti percubaan produk baharu, lawatan kilang dan makmal serta melibatkan komuniti luar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jika kita lihat, golongan selebriti, pempengaruh mahupun public figure. Mereka sentiasa menatarias wajah untuk tampil elegan dan menawan dikhalayak ramai. Namun, pernahkah hijabi terfikir adakah mereka ini tidak pernah mempunyai masalah kulit? Bagaimana golongan ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan sentiasa cantik?
MH sempat menemubual penyanyi yang mempunyai vokal serta kelunakkan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Ernie Zakri dan bertanyakan tentang beberapa perkara berhubung kecantikan kulit wajah dan ini respon yang dikongsikan Ernie khas buat wanita diluar sana!
Secara semulajadinya, saya tidak pernah menghadapi masalah kulit yang serius, kulit saya adalah jenis normal. Tetapi kadangkala ada juga naik jerawat satu dua dan itu adalah perkara biasa bagi kulit normal.
Ernie Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam Dan Teruk, Ketika Mengandung Akibat Perubahan Hormon
Tapi semasa saya mengandungkan anak saya yang pertama, Nur Khawla Soleha dahulu saya mempunyai masalah kulit ketika saya mengandung.
Perasaan pertama kali berdepan dengan masalah kulit yang agak kronik ketika itu, sudah tentu membuatkan saya terus down. Tetapi saya bersyukur kerana ada support system yang baik iaitu suami saya ketika itu.
“Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kukit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita.
“Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah mereka.
“Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.
“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh ya!
“Kita kena pergi kepada yang pakar, minta nasihat mereka dan mungkin pakar lebih sesuai untuk membantu kita. Itu lebih baik, kerana kadang-kadang bila kita cuba pakai produk yang dicadangkan dengan sembrono sahaja, kita akan merisikokan keadaan kulit muka kita dan keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ernie.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Otai masih berbisa! Itulah ungkapan yang sesuai ditulis untuk pelakon hebat, Susan Lankester yang baru sahaja menang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Asia Academy Creative Awards (AACA) 2024, pada Rabu lalu.
Sebelum ini, pada September 2024 beliau terlebih dahulu diumumkan sebagai National Winner sekaligus menjadi wakil Malaysia untuk kategori tersebut dan mengalahkan wakil lain dari benua Asia.
Lakonannya sebagai Aileen Choo dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza yang memaparkan karakter seorang wanita yang ‘berperang’ dengan konflik keluarga dan kanser yang dihidapi.
Saat menerima trofi, pelakon berusia 62 tahun ini kelihatan tidak dapat menahan sebak atas kemenangannya.
“Terima kasih kepada AACA kerana mengekalkan anugerah seperti ini hidup untuk orang seperti kami. Terima kasih kepada barisan juri kerana melihat saya dan melihat pelakon wanita yang berusia lebih 60 tahun yang masih aktif berlakon.
“Terima kasih kepada rakan pencalonan yang lain, saya sangat bangga berkongsi pentas dengan anda. Kita harus terus berkarya dan berganding suara, terutamanya kepada wanita, kita perlu lebih watak untuk wanita,” ucapnya penuh sebak.
Selain itu, Susan turut mendedikasikan kemenangannya itu kepada pengarah filem dan juga keluarga produksi Rain Town secara keseluruhan.
“Untuk Tunku Mona, kerana mempersembahkan watak ini kepada saya. Ketika sesi audition, dia berkata kepada saya bahawa saya bukan seorang yang mencuba untuk watak tersebut, masih ada seorang lagi yang akan melalui uji bakat.
“Dia memilih saya dan kami sama-sama mencipta Aileen yang merupakan satu watak yang menakjubkan. Dan kepada keluarga Rain Town saya, kru dan para pelakon, cara mereka bekerja penuh dedikasi untuk menjadikan filem ini satu kenyataan,” kongsinya bangga dengan karya yang dihasilkan.
Sekadar info, menerusi watak yang sama, Susan juga turut menerima pencalonan dan tersenarai dalam lima calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2024 yang bakal berlangsung Sabtu ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.