“Posting Ni Bukan Niat Untuk Riak, Tapi…,” – Dayana Roza Mahu Ramai Tahu, Di Luar Sana Ramai Memerlukan Khasnya Yang Punya Anak Kecil

Share

Menyedari akan tanggungjawab meringan beban golongan memerlukan, pelakon Dayana Roza tampil memberikan sumbangan kepada warga sekitar yang berdepan kekangan kewangan sepanjang perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dia minggu lalu.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih buat penderma, bintang itu turut mendoakan agar kita semua dilimpahi rezekiNya.

“Alhamdulillah, selesai tanggungjawab saya sebagai seorang manusia & anak jati ampang harini. Terima kasih @iqbar_hakim sebab donate untuk cover semua family harini. Semoga makin dimurahkan rezeki. Amin.. thanks @surento tolong i harini.

“Yang mana kenal D tau D bukan jenis post2 kat social media apa yg D buat. Tapi dlm keadaan sekarang ni D kena post untuk kebaikkan supaya org tau yg sebenarnya ramai sangat orang yang sangat memerlukan terutama yang ada anak kecik,” tulisnya.

Pelakon Isteri Untuk Diiktiraf ini bagaimanpun mengakui apa yang dikongsikan bukanlah untuk riak, sebaliknya niatnya hanyalah sekadar membantu.

“Doakan semua dipermudahkan, harap dapat bantu lebih ramai lg. Kalau D millionaire mesti boleh tolong semua org.

“Posting ni Bukan niat utk riak, tapi niat membantu yg memerlukan. kalau pemikiran negative, negative la jadinya, kalau kita positive, semua benda kita nampak akan kita fikir positive dulu.

“Semoga ramai lagi yang dibukakan hati untuk membantu mereka yang memerlukan. #kitajagakita,” jelasnya lagi.

Sebelum ini menerusi posting terdahulu, Dayana turut memuat naik beberapa lampiran foto, sedang melakukan aktiviti kebajikan serupa.

Foto: Instagram Dayana Roza

IKLAN