Uncategorized

Posting Kata-kata Sedih, Mia Ahmad Keguguran?

Share

Jika tadi kami kongsikan berita gembira tentang pelakon Sari Yanti, kali ini satu berita sedih yang kami terima tentang Mia Ahmad.

Seperti yang kita tahu sebelum ini Mia Ada berkongsi beberapa hint yang membuatkan ramai bersepkulasi tentang kehamilannya.

Malah, Mia juga pernah disangkakan berbadan dua kerana satu gambarnya ketika di lokasi pengambaran viral kononya nampak baby bump secara tidak sengaja.

Namun baru-baru ini melalui sebuah posting di Instagram, Mia ada meluahkan perasaan sedihnya di ruangan Insta Stories.

Salah satu postingnya yang mendapat perhatian ramai apabila Mia memberitahu dia bersama suami tidak dapat menolak Qada & Qadar yang telah ditentukan.

“I Still Have Allah and this man of my life. May Allah grant you Jannah, syg. Amin.

“Qada & Qadar we can’t deny,” tulisnya ringkas di Insta Stories.

Malah, Mia turut muat naik sebuah video yang mengatakan produk yang pernah diambilnya suatu masa dahulu ini bukan sahaja bagus untuk wanita lepas bersalin tetapi juga sesuai untuk individu yang mengalami keguguran.

So adakah ini satu hint atau hanya sekadar kebetulan sahaja?

Namun, apa yang MH sedar baru-baru ini juga Mia ada memuat naik sekali lagi sebuah gambar dengan ucapan terima kasih buat semua individu yang sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.

Apapun MH harap Mia dalam keadaan yang baik-baik, sekiranya spekulasi ini benar, kami harap Mia akan terus kuat dan jangan mengalah untuk cuba sekali lagi!

Buat netizen pula, mungkin ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda semua mengecam apa-apa tindakan Mia yang hanya berniat untuk berkongsi perkembangan diri.

 

 

IKLAN