“Post Yang Sweet Je,”- Isteri Tomok Tak Rela Bermadu, Throwback Foto Kala Muda Remaja!

Share

Hari ini genap ulang tahun perkahwinan penyanyi Tomok dan isterinya, Rahayu Abbas yang kelapnan.

Rahayu atau mesra disapa Ayu turut memuat naik foto throwbacknya kala muda remaja sehingga kini.

Malah, gambar tersebut turut disertakan ucapan romantis buat Tomok atau nama penuhnya Shah Indrawan Ismail.

“HAPPY 8th ANNIVERSARY for my beloved husband…

“Today is very special day BUT…i missed it…Sorry sangat2…i’m not saying it faktor usia tau..but is more then bertambah kerja di rumah dan di luar 😝…still it is not the reason coz i hate people give a reason insteed of try to recovery..ecececeee….

“Alhamdulillah, pejam celik je dah 8 tahun kami berumah tangga…of cozla dalam insta kita post yang sweet2 je kan..yang masam2..yang pahit2 tu kita simpan sendirilah for our records in the future😜😎,” tulisnya. 

Berkongsi beberapa keping foto ketika muda remaja, Ayu turut merakamkan ucapan terima kasih buat si suami kerana memilihnya sebagai suri di hati.

“If u guys swipe tepi are photo of our journey before we get married..tapi sebelum tu sorry if myself is not fully hijab coz that time masih di zaman jahiliah..ya ya ya…it is not suit to be publish but i try my best to crop it.

“Anyway the wishes is special to my husband…terima kasih kerana memilih ayu sebagai suri di hati…i know that i’ve a lot of kekurangan dan kekilafan sepanjang menjadi isteri & dibu…tapi dibu akan memperbaiki dari semasa ke semasa…insyaAllah…semoga perkahwinan kita kekal hingga ke jannah…dan hanya ajal yang memisahkan kita…..amin

“We love u so much..sayang…remember this world are very wide to explore never give up untill end of breath…we always support u whenever and whatever u did as long as “tak tambah satu lagi bini….tambah anak ok..hope that kita di berikan rezeki untuk menimang baby girl..amin…..😘😘😘 #biladibubebel,” tulisnya. 

Untuk rekod, Tomok dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Mereka dikurniakan dua orang putera iaitu  Arrian Shah Akid,7 tahun dan Andra Anrashah Iman, 4 tahun.

Foto : Instagram Ayu/ Tomok

IKLAN