“Positive Feedback, Seriously Im So Happy!,” – Haqiem Rusly Nak Kahwin, Rancang Hujung Tahun!

Share

Penyanyi Haqiem Rusli baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila dia merancang untuk menamatkan zaman bujang, hujung tahun ini.

Penyanyi yang kini muncul menerusi lagu Mimpi itu bercakap mengenai perkara itu semasa melakukan sesi live di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, menerusi Twitter pula, Haqiem ada memberikan respon kepada ciapan peminat yang nyata gembira dengan pengumuman tersebut.

“Positive feedback, seriously, im so happy! Thank You!,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun setakat ini, bintang muda itu belum mendedahkan identiti gadis yang bakal bergelar isteri selain tarikh spesifik perkahwinan mereka berdua.

Namun, Haqiem pada sesi ‘live’ mendedahkan dia telah pun selesai menyertai kursus kahwin sebelum ini.

“So disebabkan live ini, saya sudah beritahu awal. Saya merancang untuk tahun ini. Itu saja berita.

“Saya harap siapa yang berfikiran matang tu, dia akan memahamilah kan,” katanya.

IKLAN