Positif Covid-19, Bunga Citra Lestari Nasihat Jangan Ambil Mudah – “Jaga Diri Anda & Orang Tersayang.”

Share

Saban hari, penularan wabak Covid-19 dikalangan orang ramai dilihat seperti tiada penghujungnya.

Masakan tidak, kes jumlah harian juga kini dilihat masih lagi berada ditahap yang membimbangkan.

Selain Malaysia, beberapa negara luar turut dilaporkan berhadapan dengan situasi yang sama.

Terbaru, bintang popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dilaporkan turut dijangkiti wabak Covid-19.

Menurut Bunga, dia kini bakal menjalani tempoh kuarantin kendiri seperti yang dinasihatkan oleh pihak doktor.

“I just got my results back today and tested positive for corona virus. I’m in self isolation now and insya Allah will fully recover soon.

“I encourage everyone to take all the steps to stay safe and healthy. Please take care of yourself and your loved ones.

“Build up your immune system and do take this seriously. I’ll see you soon,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Cinta Sejati itu menerusi entri terkini yang dimuat di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, ibu kepada seorang anak ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menjaga kesihatan lebih-lebih lagi ketika detik sukar ini.

Melihat di bahagian komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa simpati selain turut mendoakan semoga Bunga kembali sembuh seperti sedia kala.

“Stay strong and get well soon.

“InsyaAllah, you’ll get better soon.

“Bismillah, semoga cepat sembuh Bunga.

“Get well soon. You can fight this,” antara kata-kata semangat yang dikongsikan oleh netizen di ruangan komen.

Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari

IKLAN