“Pok Jue Contoh Terbaik,” – Elisya Sandha Berterima Kasih Pada Izzue Islam, Suka Tengok Karakter Dalam Drama NKUCA

Share

Pelakon meningkat naik, Elisya Sandha berterima kasih kepada Izzue Islam kerana banyak mengajarnya dalam menjiwai watak.

Mereka bergandingan sebagai pasangan suami isteri menerusi drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (NKUCA) yang mengetengahkan dialek Kelantan dan utara. 

Terima kasih juga pada pok jue banyak membantu dalam scenes cerita #nasikerabuuntukcheabe ni !

“Pok jue (Izzue) boleh dijadikan contoh yang terbaik untuk pelakon baru macam saya ni, suka tengok cara beliau bawa character, jadi gagap pun

nampak real.

Hope to work with you again abee budu! Faizul & Shira signing off 👋🏼 @izzueislam @awinnurin,” tulisnya.

 Elisya, 21, akui senang bekerjasama dengan Izzue kerana karakter yang dibawanya secara spontan telah menarik minat penonton.

Terdahulu, drama yang diarahkan oleh Heykal Hanifah mendapat sambutan ramai.

Foto: Elisya Sandha

IKLAN