Wah, semalam MH ada terlihat laporan berita di TV3, apa yang menarik ialah apabila perdana menteri Malaysia , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata inginkan lebih ramai usahawan wanita seperti pelakon Neelofa dan Vivy Yusof.
PM juga berkata, beliau yakin usaha itu mampu dicapai melalui 10,000 usahawan wanita yang telah berdaftar di bawah platform e-kewangan Alibaba.
Kedua nama ini MH tak perlu perkenalkan panjang lebar lagi. Dari setahun ke setahun, langkah mereka kian melebar.
Walaupun keduanya masih muda, tiada siapa dapat sangkal lagi kejayaan mereka dalam bidang perniagaan kini genggaman erat mereka.
Selain itu, kedua nama ini juga menjulang nama negara yang amat membanggakan! Forbes 30 Under 30 Asia 2017 okay. Bukan calang-calang!
MH pun turut berbangga dengan pencapaian kedua wanita ini. Semoga kisah mereka akan terus memberi inspirasi buat anak-anak tempatan yang bercita-cita ingin menjadi seperti mereka.
Turut menjadi sebutan PM ialah pengasas Grab car yang juga merupakan usahawan wanita muda, Tan Hooi Ling.
Jom #MHBelanjaGambar dua ikon ushawan berjaya ini.
Noor Neelofa Mohd noor
Datin Vivy Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI