“Itu antara komen yang ditinggalkan peminat terhadap salah satu posting penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban tahun ini.
Tampil mengenakan tudung bawal dalam tanah gelap lengakp dengan kurung moden, penampilan penyanyi Anta Permana ini nyata memukau pandang.
Tanpa meletakkan sebarang kapsyen, entri tertera sudah pun mendapat hampir 150,000 tanda suka dengan ribukan komen yang rata-ratanya memuji penampilan Tok Ti yang disifatkan tampak lebih muda dari usianya.
Ads
Malah, tak kurang peminat yang turut meminta bintang tersebut supaya terus setia mengenakan tudung sedemikian.
Ads
Bukan sahaja peminat, rakan artis turut sama meninggalkan komen.
Siapa sahaja yang tidak mengenali si cilik comel, Lara Alana yang sentiasa berkongsi momen menghiburkan menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi posting terkini, permata hati kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya ada berkongsi satu video pendek ketika dia sedang menyanyi.
“Stole Mommy’s phone and recorded this… shhh.. don’t tell her okay? Btw, suara Lara boleh dibawak ketengah tak?,” itu ayat yang tertera menerusi ruangan kapsyen.
Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil memaklumkan, dia mengamalkan permakanan jamu demi menjaga kesihatan dan kecantikan luaraserta dalaman.
Malah, suami kepada bintang drama bersiri Setelah Cinta Itu Pergi tidak terkecuali dari mengamalkan permakanan jamu, kongsi Faye lagi.
Pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak ini juga memaklumkan kaum lelaki juga digalakkan mengamalkan pengambilan jamu.
“Morning shot of @aurakasihhq Yes, suami saya pun amalkan pemakanan jamu yg diperbuat dari buah buahan. Bukan calang2 buah ye..
“nop. bukan buah dada TAPI buah2 sunnah seperti buah kurma, buah delima, buah markisa, buah oren, cuka delima dan lain,” tulisnya.
Untukrekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hata pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Hos dan pengacara, Yana Samsudin ada memuat naik memori foto bersama ahli keluarga di Sarawak menerusi Instagram.
Nyatanya, perkongsian yang dibuat pelakon Wawa Semput itu awal semalam mengundang rasa syahdu apabila ada ahli keluarga yang telah pergi selamanya.
“Tetiba syahdu pula. Rindu Babeh & Tayung. Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni.
“Tak tahu nak describe camne. Rindu tapi jauh, walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati,” tulisnya.
Kongsi Yana lagi ketika di usia remajanya, dia terimbau perlu kerja keras demi keluarga tersayang.
“Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal.
“Ok, jangan tertanya yana ni kaum apa pulak. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian, Sarawak.
“Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi.
“Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau, berjalan kaki redah hutan bukit bukau. Salute lah, diaorang tak sesat pun,” maklumnya.
Pada masa sama, Yana turut berkongsi momen di mana ibunya telah diberi restu oleh kedua ibu bapanya bergelar seorang Muslim.
“Paling Yana salute, Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka.
“Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak, jauh lebih kuat berbanding kami di sini.
“Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia, mesti menangis,” jelas Yana yang turut meluah rasa rindu.
“Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas.
“Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah… menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran.
“Cucu kecik main main kat halaman rumah. Rindunya!!!!!! Ok lah. Tak sanggup nak sambung cerita. Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin,” doa Yana panjang lebar.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya