Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Di Ombak Resah, Ashira mendedahkan, dia kini menumpang di rumah kakaknya selepas terpaksa keluar dari rumah sewa sehari selepas mendapat berita layak menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7).
Dalam sebak, Ashira, 35, terpaksa akur dengan permintaan pemilik rumah sewanya setelah dia gagal membayar duit sewa sebanyak RM1,200 selama enam bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu.
“Tuan rumah minta saya keluar. Bukan saya tidak bayar langsung, tetapi saya bayar sekadar yang termampu.
“Yang termampu saya tu, saya cuma dapat bayar RM100, kadang-kadang saya cuma ada RM50. Itu saya yang saya mampu nak bayar… Itulah selama 6 bulan tu, dengan apa yang saya raih menerusi Bigo dan kerja-kerja lain.
“Ada juga yang cadangkan saya jual popcorn atas talian, tapi tak jalan. Genap enam bulan dia minta saya untuk keluar. Apa pun, saya tidak menyalahkan tuan rumah kerana faham situasi.
“Hari ini (22 September) hari terakhir saya untuk serahkan kunci. Seperti yang saya selalu cakap perkara ini terjadi secara tiba-tiba. Allah bagi rezeki lain, tetapi pada masa sama dia turunkan ujian,
“Dalam tempoh tersebut saya sebenarnya sudah tidak kuat dan ada mengadu dengan pihak pengurusan” jelasnya.
Lima tahun bergelar ibu tunggal, Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, turut menambah ketika ini dia terpaksa duduk berasingan dengan anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 14.
“Buat sementara waktu, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya.
“Dia tinggal di rumah kakak saya lagi seorang sebab rumah yang kakak yang saya diami ini juga punya keluarga yang besar,” jelas Ashira yang sebolehnya tidak mahu melibatkan anaknya dalam masalah yang dihadapi.
Terdahulu, Ashira ditemui pada sidang media memperkenalkan 14 peserta program Gegar Vaganza 7 di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam ada berkongsi sekeping foto ketika menjalani ujian saringan Covid-19 sebaik sahaja tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Selepas itu, Rebecca turut memaklumkan dia kini terpaksa menjalani tempoh kuarantin selepas pulang dari Kota Kinabalu, Sabah.
Difahamkan, Rebecca yang menjalinkan hubungan baik bersama rakan pelakon, Datin Zizie Izette telah ke Sabah untuk memberi sokongan kepada ahli politik, Datuk Bung Moktar yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 26 September lalu.
“Assalammualaikum Just Arrived KLIA,From KK Sabah, Alhamdulillah Mummy Becca telah Menunaikan Tanggungjawab Mummy Sebagai Seorang RAKYAT Dan IBU Yg Mempunyai Ramai anak anak kecil Di rumah ..
“Alhamdulillah Swab test telah Di Lakukan Di Airport tadi ,InsyaAllah Dalam masa 3 Hari dapat result And now quarantine time,sabar ya anak anak mummy sayang,mummy quarantine dulu,see you guys soon InsyaAllah my darling kids
“Swab test di hidung Dan Tekak telah Di lakukan tadi 👍 Sakit? Sumpah tak sakit Langsung,Alhamdulillah..thank you so much frontliner 👍
“P/s- Mummy sudah,uolsss Bila lagi??Walaupun uolsss tak pergi ke tempat berisiko,but Swab test ada kala nya Perlu buat Supaya Kita rasa secure Utk Bersama Keluarga Dan Insan TerCinta,” tulisnya.
Sekadar informasi, pihak kerajaan telah menetapkan syarat kepada semua individu yang tiba di Semenanjung dari Sabah untuk menjalani ujian saringan dan tempoh kuarantin selama 14 hari bermula 27 September lalu.
Tindakan ini diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19 supaya tidak kembali meningkat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Naim Daniel berjaya mencuri perhatian apabila menggubah semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah yang dipopularkan oleh Ella kepada genre Irama Malaysia, menerusi program Immortal Songs, Ahad lalu.
Menurut Nielsen Malaysia, lebih 3.4 Juta penonton menjadi saksi Naim Daniel berjaya memegang rekod tertinggi menyangi Sarah Suhairi, Aman Aziz, Insomniacks, Kaka Azraff dan Naqiu pada malam tersebut.
Ahad depan pada 13 September pula, Immortal Songs akan menampilkan komposer lagenda, Fauzi Marzuki bersama enam penyanyi, Luqman Faiz, Kugiran Masdo, Amir Masdi, Fieya Julia, Azmi Saat dan Tajul Ariff yang akan memberi nafas baharu kepada lagu beliau.
Luqman Faiz akan membuat persembahan tersendiri menerusi lagu Lagenda, Kugiran Masdo (Jejaka Idaman), Amir Masdi (Sepi Sekuntum Mawar Merah), Fieya Julia (Di Alam Fana Cinta), Azmi Saat (Penghujung Rindu) dan Tajul Ariff (Pada Syurga Di Wajahmu).
Bersiaran selama tujuh episod setiap hari Ahad, bermula 30 Ogos jam 9 malam, Immortal Songs membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda di setiap episod.
Mereka dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka (daripada lagu karyawan lagenda episod tersebut) dengan gubahan lagu berbeza.
Ini bermakna, adalah pilihan mereka untuk menukar genre lagu tujuh lagenda tersebut atau menggubah semula muzik lagu pilihan mereka mengikut kreativiti masing-masing.
Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut pula, lapan orang juri akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka.
Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain.
Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai ‘susunan lagu terbaik’, episod tersebut.
Sementata itu, para penonton dirumah berpeluang untuk mengundi persembahan pilihan mereka melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs antara 9.00 – 10.30 malam, malam Immortal Songs bersiaran.
Program ini dihoskan Ain Edruce di pentas utama, serta Amy Mastura dan Fad Bocey di belakang pentas, manakala Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki merupakan karyawan lagenda yang menyertai Immortal Songs ini.
Ikuti bersembahan Naim Daniel menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah di sini;
Foto: TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...