“Please Do Send Us Your Doa,” – Farah Nabilah Kini Hamil 19 Minggu

Share

Pelakon Farah Nabilah berkongsi khabar gembira mengumumkan berita kehamilannya di laman Instagram.

Jelas Farah, dia kini sedang hamil 19 minggu dan mengharap doa semua.

“Assalamualaikum aunties & uncles ! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya?

“So, mini me or mini mirul? #19weekspregnant,” kongsinya.

Di ruang komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan itu.

Sekadar informasi, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin telah sah bergelar isteri kepada Amirul Yunus pada 20 Disember lalu.

Video: Instagram Farah Nabilah

IKLAN