Sekarang ini, MH lihat ramai betul selebriti menggunakan laman Insta Story mereka untuk meluahkan rasa yang terbuku.

Mungkin itu merupakan salah satu medium yang ada untuk mereka melepaskan stress kan?

Semalam, sedang MH membelek-belek Insta Story rakan-rakan artis, MH tertarik dengan ‘luahan’ pelakon dan penyanyi, Janna Nick.

‘Plastik Are You?’ – Janna Nick Tujukan Kepada Siapa Tu?

IKLAN

Menerusi Insta story miliknya, kedengaran bunyi-bunyi kecewa di situ dek kerana sikap ‘plastik’ dan ‘lakonan’ seseorang.

“Plastic are you? Kita ni pelakon tak kan hari-hari hidup kena berlakon nyeh? Tak penat ke 24/7 berlakon? Be true to yourself kalau pun tak boleh jujur dengan orang lain.

“Jangan jadi plastik kay dengan kawan-kawan uols. Kesian sebab depa ikhlas berkawan. Dalam bekerja perlu ada competition tapi compete in healthy way okay,” tulisnya.

‘Plastik Are You?’ – Janna Nick Tujukan Kepada Siapa Tu?

‘Plastik Are You?’ – Janna Nick Tujukan Kepada Siapa Tu?

IKLAN

‘Plastik Are You?’ – Janna Nick Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ehem, macam ada sesuatu pula luahan Janna tu, siapa agaknya yang ‘berplastik’ sangat tu ya?

IKLAN

Apa yang individu itu buat pada Janna sampai dia ambil keputusan nak luah kat IG?

Bagaimanapun, pada MH… dalam kehidupan kita ini memang ada dikelilingi oleh orang-orang yang plastik lebih-lebih lagi apabila kita dah berjaya.

Apa-apapun, yang penting adalah kita tidak perlu mudah terlalu percaya dengan orang. Semoga Janna okay-okay sahaja ya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI