“Pilihan Yang Ada Tadi, Cepat….,”- Lawat Erra Fazira Demam Denggi, Abby Abadi Pula Doa Moga Sahabat Cepat Jumpa Jodoh?

Share

Pelakon, Abby Abadi ada memuat naik foto ketika melawat primadona yang juga merupakan sahabat selebritinya, Erra Fazira di hospital.

Difahamkan, Erra ditahan di hospital buat sementara waktu kerana disyaki mengidap demam denggi, sejak beberapa hari lalu.

Pada masa sama, bintang yang sinonim menerusi siri Gerak Khas ini turut mendoakan semoga sahabatnya itu lekas sembuh dan segera dikeluarkan dari hospital.

“Ikut @memeysuhaiza / @normanhakim_786 tadi Melawat Kakak @errafazira kita tadi. Demam Denggi. Sian dia.

“Tapi nampak sonok je dia, yelah hospital pun mcm hotelkan.

“Semoga cepat sihat ye Kakak Cantik Lawa Manis ye. I lebiuuu tau.

Foto berkenaan dikongsikan Abby menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Abby juga dilihat sempat mengusik Erra seolah-olah dia kini sedang mengenali seseorang yang istimewa.

“Pilihan yang ada tadi, cepatinnn hihi.
Fi hifzillah. Semoga selalu dalam lindungan & kasih sayang ALLAH.

“Ps: Last jumpa kita dobok kak. Jumpa sekali nanti chingggg! Kurus doakannnnnn ,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat bekas pengacara program Mingguan Wanita itu.


Menurut laporan Harian Metro, Erra terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya akibat demam denggi.

Pada mulanya Erra hanya mengalami demam biasa sebelum mempunyai simptom demam denggi selepas disahkan doktor.

Sumber: Instagram Abby Abadi

IKLAN