Klinik yang menjadi perhatian di era pandemik COVID-19, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) terus mencipta sukses apabila klinik itu menerusi pucuk pimpinannya, Datuk Mohd Nafidz Haji Abdul Razak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022.
Anugerah berkenaan itu terus menjadi aspirasi buat Mohd Nafidz untuk memacu dan memimpin KMZ lebih dinamik lagi terutama dalam membantu masyarakat peka terhadap penjagaan kesihatan diri.
Bertapak sejak tahun 2013, cawangan klinik itu bercambah pesat dari satu cawangan ke cawangan lain dan sudah 24 cawangan dibuka menjelang 2022.
“Selepas kita bergelut dan masih dihantui dengan COVID-19, dunia termasuk Malaysia sendiri didatangi dengan penularan virus penyakit lain pula termasukInfluenza, denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam viral serta macam-macam lagi.
“Justeru usaha kami untuk berjuang dan sama-sama melawan penyakit tidak terduga di samping masyarakat ini tidak akan pernah ternoktah. Kita hanya mampu berusaha dan memanjangkan ikhtiar semoga kesembuhan menyebelahi diri.
“Kita saling memerlukan. Ibu bapa sendiri berjuang dengan anak yang sakit. Warga emas yang kurang upaya turut menagih perhatian keluarga. Kesemua golongan ini sentiasa menjadi sasaran utama kami yang ingin sentiasa dibantu,” kata Mohd Nafidz.
Ads
Justeru dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluurh masyarakat, KMZ terus mengukuhkan program pelesenan dan kreativiti model perniagaan di dalam sektor kesihatan.
“Impian saya dan seluruh warga kerja mahu menjadikan KMZ sebagai platform ‘bantu masyarakat’ di samping mendidik kepimpinan dan keusahawanan kepada semua barisan usahawan pelesenan kamu.
“Kami mahu terus berbakti dengan menjadi agen kesihatan yang menyediakan platform perkhidmatan kelas pertama di mana-mana bagi kemudahan pesakit.
“Kami mahu bantu memudahkan masyarakat dengan perkhidmatan saringan pandu lalu 24 jam, klinik mobil ke lokasi untuk pesakit yang tak boleh keluar rumah. Walaupun tak mudah untuk mengadakan servis ini, namun ia tetap diusahakan untuk diadakan setiap hari termasuk hujung minggu dan juga cuti awam,” katanya.
Mohd Nafidz menambah, semua cawangan KMZ turut beroperasi pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu serta cuti perayaan lain.
Ads
“Dedikasi dan pengorbanan warga kerja KMZ amat saya hargai dalam terus membela nyawa serta tahap kesihatan masyarakat.
“Saya sendiri sangat optimis dengan kewujudan lebih banyak cawangan di serata semenanjung Malaysia dan pasukan yang kini mencapai bilangan anggota lebih 400 orang.
“Tentunya semua itu akan menjadi aset utama kepada perjuangan saya sekali gusmemberikan yang terbaik buat masyarakat dan negara,” katanya.
Mohd Nafidz juga berharap impian dan cita-cita menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.
Ads
“Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti. Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasibbaik.
“Saya percaya proses memberi semula kenikmatan diperolehi ini membawa keberkatan seperti mana kita berkongsi rezeki atau bersedekah. Moga impian ini akan lekas jadi kenyataan,” katanya.
Terdahulu, sekitar Februari lalu, KMZ meraihkejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022.
Kejayaan demi kejayaan diperolehimenjadi penanda aras baru dalam iltizam dan perjuanga sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Que Haidar terbuka seterusnya tidak menghalang sekiranya dua anak perempuannya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra ingin menceburi bidang karier seni lakonan apabila dewasa.
Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata, sebagai bapa dia memberikan galakan sepenuhnya jika kedua anak perempuannya mahu menceburi bidang seni selepas ini.
“Saya ada nampak Ratu memang ada bakat dalam tarian, nyanyian dan juga lakonan daripada dia kecil lagi.
“Macam Cleo pula saya tak nampak lagi bakat dia ke arah itu, cuma saya lihat dia sekarang ada bakat melukis. Kadang-kadang berasa kagum apabila melihat semua hasil lukisan dia.
“Saya sebagai bapa, sudah semestinya akan sokong apa jua minat anak-anak. Saya juga akan cuba beri kepada mereka ruang untuk kenal pasti mereka punya minat, kelebihan dan bakat diri masing-masing.
“Sudah semestinya sebagai ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak kita juga. Tetapi misal kata kalau salah nak masuk dalam industri hiburan tidak kira apa bidang sekali pun mahu lakonan, tarian atau nyanyian, saya akan sentiasa beri galakan,” katanya.
Sementara itu, pelakon berusia 43 tahun ini berkata dia sebolehnya tidak mahu menghalang minat dan menentukan hala tuju masa depan anaknya.
“Sejujurnya, saya kalau boleh tidak mahu menghalang apa jua minat mereka.
“Saya juga tidak mahu untuk menentukan masa depan mereka. Oleh itu, saya cuba melihat potensi dan buka ruang untuk anak-anak.
“Jadi dengan pengalaman yang ada, saya berkongsi dengan mereka. Tiada istilah rasa ralat sekiranya mereka mahu menjadi pelakon,” katanya lagi.
Que mendirikan rumah tangga bersama guru tari, Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tengku Ratu, 12 tahun dan Tengku Cleopatra, 10 tahun.
Dalam perkembangan lain, Que bakal muncul membintangi sebuah telefilem terbaharu berjudul Lebai Sampan yang akan disiarkan pada 9 Julai depan di saluran Astro Citra.
Selain Que, telefilem Lebai Sampan turut dibintangi pelakon hebat antaranya Jalil Hamid, Ruminah Sidek, Beto Kusyairy dan Puteri Balqis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Que Haidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, King Coco memberikan jawapannya selepas ditanya mengenai persalinan yang menjadi pilihan dan kerap dibeli.
Menerusi Insta Stories baru-baru ini, King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail mengakui ada di antara baju yang dibeli secara ‘online’.
“Ada tanya saya seluar beli mana, seluar saya kebanyakan dari Zara. Kalau bukan Zara, saya selalu beli online, mostly di Fashionova, sebab kadang bentuk badan saya sesuai dengan size dari luar.
“Size punya mostly 32 atau 34, XS dan S. tak sure seluar ni ada tak lagi. Saya beli sebelum sale,” tulisnya.
Coco pada masa sama tidak menafikan ada ketika dia sukar untuk mencari seluar bersesuaian.
“Saya tinggi, pinggang pulak kecil. ‘Butts’ pun agak lebar. Susah untuk saya cari seluar yang ideal. Mostly dari website luar.
“Sebab kadang body mereka pelik sikit. Masalah saya, kalau ‘butts’ muat tapi bab pinggang tak muat, kena kecilkan baru lah seluar saya tu fit.
“Kenapa tak beli kat Shein? Saya pernah beli mungkin nasib saya tak baik, i had bad experience. Saya lebih selesa dengan Fashionova atau Zara.
“Saya takut nak cuba cuba brand baru, style dan size. Saya lebih selesa stick dengan satu atau dua brand. So baju saya banyak dari zara dan Fashionova,” jelasnya.
Banyak persalinan dalam rona hitam, ibu kepada dua cahaya mata ini juga selesa untuk tampil dengan imej pilihan.
“Warna pun sama, saya suka warna yang saya selesa, hitam putih. Baru baru ni je ada sangkut sikit dengan pink. Kalau tak jarang berlaku.
“I’m not into fashion so much. I’m inlove with anything yang bagi keselesaan dan confident. So i mostly choose the outfit that’s make me felt confident.
“Jika seksi itu buat saya confident… so thats what I choose.
“Saya dah tua, dah ada dua orang anak pun. Banyak yang saya lalu dalam hidup. Jadi jika kepuasan org lain jadi matlamat hidup saya. Matilah saya.
“Saya hidup dengan hidup saya. Cara saya. Jadi maaf jika kurang senang. Hidup saya bukan untuk memberi kepuasan pada orang lain. Doa yang baik baik untuk awak dan saya,” luahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Stesen radio Hot FM sekali lagi melakukan pembaharuan dengan penjenamaan semula tagline stesen dan kehadiran dua tonggak terbaharu Hot FM iaitu Johan dan Fizi Ali, bermula 2 Ogos 2022, Selasa.
Gandingan trio yang bakal menghangatkan pagimenampilkan Johan, Fara Fauzana & AG akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.
Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat pastinya akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar.
Sementara itu, segmen Hot FM Sembang Squad akan dikendalikan oleh gandingan terbaru Fad dan Fizi Ali yang ke udara bermula 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.
Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama Ayu yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 3 petang pula akan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, music special dan ulangan segmen pagi.
Segmen malam, Hot Flix masih dikendalikan oleh Imran Aqil dan stesen tersebut akan mengadakan jelajah di semenanjung Malaysia bagi mendekati dan meraikan pendengar setia Hot FM.
Jika sebelum ini Hot FM tampil dengan tagline Kini Lebih Muzik Yang Hangat, kini Hot FM telah menukar tagline kepada Yang Hangat dan Terbaik.
Perubahan tagline ini dibuat adalah kerana elemen identiti jenama ini mampu memberikan gambaran yang menarik dan terbaik dari semasa ke semasa. Komponen daripada tagline ini berupaya memberikan lebih banyak info mengenai pengisian dan kandungan yang dibuat oleh Hot FM.
Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata, pertukaran tagline adalah salah satu strategi mereka untuk memastikan pendengar akan sentiasa lebih dekat.
“Ia juga bersesuaian dengan pengisian yang memfokuskan kepada setiap kandungan, barisan penyampai, muzik serta aktiviti lapangan yang diadakan sentiasa hangat dan terbaik buat pendengar Hot FM yang sentiasa menyokong stesen selama ini,” katanya.
Pada masa sama, Hot FM Zoomerz kembali diwujudkan susulan permintaan yang tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...