Undian Atas Talian bagi Top 5 Anugerah Telenovela Ke-8 (ATN8) telah dibuka sejak Selasa, 20 September 2022 lalu selepas proses penutupan undian dari fasa sebelum ini iaitu pada 18 Sept 2022 melalui laman web rasminya.
ATN8 anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan D’Ayu Pictures Sdn Bhd bakal menobatkan pemenang dari Kategoi buku dan penerbitan drama serta telefilem.
Dato’ Rosmarayu Mokhtar yang juga Ahli Lembaga Pengarah ATN8 berkata, ia dibuat bagi menghargai pengkarya yang sudi mengadaptasikan sebuah penerbitan drama, telefilem mahupun filem daripada mana-mana buku yang telah diterbitkan oleh penerbit buku tanahair.
“Anugerah yang terbahagi kepada dua konsep penilaian iaitu pemilihan calon oleh juri profesional dan pemilihan calon oleh peminat melalui undian atas talian.
“Undian online sangat mendapat sambutan sehingga mencecah 4.8 juta penyertaan peminat. Sambutan luar biasa kali ini disebabkan kesetiaan peminat terhadap artis pujaan masing-masing.
“Pernah juga sistem pengundian ini cuba diceroboh namun kami memiliki sistem kawalan keselamatan yang sangat kebal,” katanya.
Ads
Jelas Dato’ Rosmarayu juga, sistem pengundian kali ini sangat mencabar kerana ia menggabungkan 3 tahun pencalonan iaitu karya terbitan 2019, 2020 dan 2021.
Begitu juga dengan penjurian oleh juri profesional yang mana ke semua juri melihat dari pelbagai sudut sehingga berlaku perdebatan bagi menilai pandangan para juri demi memilih calon terbaik sebagai pemenang.
Untuk makluman, Pengundian Atas Talian (Online) bagi Fasa 1 telah mula dilancarkan pada bulan Mac 2022 bagi memberi peluang kepada para peminat tegar untuk mengundi karya-karya adaptasi “Book2Screen”, iaitu novel ke drama, telefilem dan filem yang mereka rasakan layak untuk bergelar pemenang.
Ads
Pada tahun ini, terdapat 106 calon telenovela telah berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam 2 Kategori, iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik (100% Penjurian oleh Juri Profesional).
Kesemua adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air. FTA) atau pawagam.
Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima dan senarai penuh pencalonan ATN8 boleh dilawati di laman web rasmi Anugerah Telenovela.
Ads
Sementara itu, undian atas talian bagi Fasa Ketiga (Top-5) plua adalah pencarian yang paling popular mengikut kategori yang akan dilancarkan bermula pada pukul 1.00 tengah hari, 20 September 2022.
Lima calon terbaik setiap kategori untuk setiap tahun pencalonan bakal dipilih sepenuhnya melalui undian para peminat.
Pemenang kategori popular bagi tahun 2019, 2020 akan diumum dengan memaparkan rakaman penyampaian trofi dan calon kategori popular2021 akan diumumkan pada malam kemuncak.
Pada masa sama, pihak penganjur masih lagi mencari penajaan dari mana-mana pihak yang sudi bersama-sama meraikan naskhah hasilan para penggiat kreatif tempatan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi foto suami, Haris Ismail atau PU Riz yang sedang bergurau senda dengan anak sulung mereka, Muhammad Bilal.
Video pendek itu dikongsikan pemenang Dewi Remaja 2010 menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Malah, ia turut dikongsikan Neelofa di dalam TikTok dan setakat ini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka selain ditonton jutaan kali.
“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dgn keluarga, travel & of cos berniaga,” tulis Neelofa di dalam video sama.
Bagaimanapun, akses ruangan komen tidak dibuka oleh belas hos program MeleTOP ini.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz yang juga pendakwah bebas itu pada 27 Mac 2021 seterusnya menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada 29 Januari lalu.
Sejak dilahirkan ramai peminat ternanti-nanti untuk melihat wajah penuh Bilal, namun Neelofa memilih untuk menutup muka anaknya itu jika memuat naik gambar di media sosial sebelum ini.
Malah sebab dia mengambil keputusan sedemikian juga telah diperjelaskan sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah diakhir kes pembelaannya.
Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pembantu peribadinya, Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Memetik Sinar Harian, Rosmah, 71, didakwa melakukan perbuatan itu di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini antara Mac dan April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Disember 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber/Foto: Sinar Harian/Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...