“Pewaris Megah Holdings,” – Tunjuk Foto OOTD Berdua, Peminat Puji Figura ‘Good Looking’ Hero Remaja Hazeeq Dean Dan Bapa

Share

Finalis Hero Remaja 2020, Hazeeq Dean baru-baru ini ada berkongsi foto ‘outfit of the day’ (OOTD) bersama ayahnya bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang diraikan, beberapa hari lalu.

Malah menerusi posting sama, Hazeeq atau nama sebenar, Mohamad Haziq Nazimuddin dilihat turut mengenakan persalinan ala 80-an bersama bapanya.

“Like father, like son. Happy father’s day abah,” tulis Hazeeq ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut meninggalkan respon masing-masing yang memuji gelagat dua beranak ini yang ‘sporting’.

Malah, ada yang mengakui penampilan segak bapanya dilihat sama kacak dengan si anak yang kini sedang mencipta nama dalam dunia lakonan.

“Wow you guys look amazing. Happy fathers day abah Haziq,” tulis seorang peminat.

“You both nailed it bro! Happy fathers day uncle,” puji seorang peminat lain.

“Good looking father and son,” antara komen yang diberikan.

“This is fire la,” ringkas reaksi yang diberi peminat.

“Pewaris Megah Holdings,” seloroh seorang peminat lainnya pula.

Sehingga kini, posting tersebut sudah pun mendapat hampir 12,000 tanda suka.

Foro: Instagram Hazeeq Dean

IKLAN