Ads

“Pesan Terakhir Arwah Mak,” – Saham Akhirat… Roslan Shah Tetap Setia Ikhlas Jaga Bapa Tiri Walau Karier Seni Memuncak

Walau sibuk dengan jadual seni yang padat selain undangan persembahan, selebriti versatil Roslan Shah atau mesra disapa Cik Lan tetap meletakkan keluarga sebagai fokus utama dalam hidupnya.

Cik Lan menyifatkan, kejayaan dalam bidang seni tidak  akan bermakna tanpa tanggungjawab terhadap insan tersayang, apatah lagi amanah menjaga bapa tirinya, Muhammad Norani Muhammad Esa, 72, yang kini memerlukan perhatian sepenuh masa.

Malah Cik Lan menjelaskan, rutin hariannya bermula dan berakhir dengan menguruskan keperluan bapa tirinya, termasuk memandikan, menyediakan makanan, memberi ubat serta menyuntik insulin di bahagian perut sebanyak dua kali sehari.

“Walaupun sibuk dengan kerja seni, tanggungjawab menjaga bapak tetap nombor satu. Setiap hari saya uruskan mandi, makan ubat dan cucuk insulin. Itu memang rutin saya,” katanya.

Tambahnya, jika terpaksa berada di Kuala Lumpur atau menghadiri persembahan di luar kawasan, tanggungjawab tersebut akan diambil alih oleh abang serta adik-beradik lain.

“Kalau saya ada urusan kerja di KL atau luar, abang dan adik-beradik akan tolong jaga. Apa yang penting, saya pegang amanah arwah mak supaya jaga bapak. Itu pesan terakhir arwah pada saya.

“Dulu saya jaga arwah mak, sekarang jaga bapak pula. Saya anggap ini saham akhirat. Sejujurnya saya gembira jaga orang tua. Saya memang tak sampai hati nak hantar ke rumah jagaan,” katanya.

Terdahulu, perkongsian video Cik Lan menguruskan bapa tiri menjadi perhatian di laman sosial.

“Bapa tiri Cik Lan. Walaupun sibuk macam mana pun, Cik Lan kena jaga, anggap macam bapa sendiri,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ads

Di ruangan komen, ramai memuji kemuliaan hati Cik Lan menguruskan warga emas biarpun sibuk dengan kerjaya.

“Pesan Terakhir Arwah Mak,” – Saham Akhirat… Roslan Shah Tetap Setia Ikhlas Jaga Bapa Tiri Walau Karier Seni Memuncak

“Pesan Terakhir Arwah Mak,” – Saham Akhirat… Roslan Shah Tetap Setia Ikhlas Jaga Bapa Tiri Walau Karier Seni Memuncak

“Pesan Terakhir Arwah Mak,” – Saham Akhirat… Roslan Shah Tetap Setia Ikhlas Jaga Bapa Tiri Walau Karier Seni Memuncak

Kerjaya Seni Terus Berkembang

Dalam pada itu, kerjaya seninya terus berkembang pesat menjelang Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Ads

Cik Lan bakal merakam dua lagu raya baharu dengan sesi rakaman dijadualkan sebelum puasa.

Sebuah lagu berjudul Sassuey Raya (Jangan Bikin Malu) diterbitkan Impact Music Malaysia dengan edaran Universal Music Malaysia, manakala sebuah lagi lagu berjudul Terlepas Bas Raya hasil ciptaan Akie TheFlow.

Selain itu, Cik Lan turut selesai menjalani rakaman program televisyen Suria Sinar Lebaran 2026 atas jemputan stesen Mediacorp Singapura yang akan disiarkan pada malam raya nanti.

Jadualnya juga dipenuhi undangan majlis berbuka puasa serta persembahan di Singapura dan Malaysia, selain turut membuka booth perniagaan di Bazaar Geylang, Admiralty dan Expo sepanjang musim perayaan.

Namun akibat kekangan masa, Cik Lan terpaksa menolak beberapa tawaran termasuk rakaman program MeleTOP Raya 2026 di Astro.

Ads

“Memang teringin nak buat semua, tapi jadual terlalu padat. Ada yang terpaksa saya tolak. Apa pun, saya bersyukur rezeki sentiasa ada,” katanya yang baru selesai penggambaran sitkom komedi Warong Kopi Melekekyang bakal ditayangkan di TV1.

Rezeki Persembahan Nyanyian

Tawaran persembahan nyanyian, majlis makan malam dan acara korporat juga terus mencurah sehingga jadualnya sudah ditempah penganjur hingga Disember 2026, termasuk sebagai pengacara.

Malah, Cik Lan masih mempertimbangkan sama ada sempat menghasilkan muzik video untuk lagu raya terbaharunya, selain menerima tempahan ulasan Ramadan di TikTok.

Program YouTube kendaliannya, Night Walk, yang menjalani penggambaran di MBK Film Studio pula terus bersiaran setiap Isnin jam 11.59 malam dengan penampilan artis jemputan seperti Yassin Senario, Que Haidar, Shah Iskandar dan Kamal Adli.

Bagaimanapun, sepanjang Ramadan nanti, Cik Lan merancang untuk berehat seketika daripada penggambaran.

“Bulan puasa saya akan kurangkan aktiviti sikit, rehat sebulan. Tapi apa pun, walau sesibuk mana, urus bapak tetap keutamaan,” katanya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Privasi Tapi Bukan Rahsia,” – Bercuti Ke Amerika Syarikat Dengan Si...

Didakwa bercuti berdua bersama si dia yang juga selebriti Indonesia di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, aktres popular, Anna Jobling bagaimanapun menyangkal khabar angin...
error: Hello. Cannot.