Berita

“Pesan Ibu, Jika Lelaki Itu Menyakitimu Pulanglah…,” – Titip Zarina Buat Anaknya, Bella Astillah

Share

Ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarina Astillah ada menitipkan pesanan, agar dia pulang ke pangkuan keluarga jika suami anaknya, iaitu Aliff Aziz menyakitinya.

Zarina atau lebih mesra disapa Eina meluahkan, keluarga sentiasa akan ada bersama.

“Pesan Ibu, jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluargamu. Mereka akan selalu ada untukmu,” tulisnya menerusi kapsyen video di Instagram pada Ahad.

Terdahulu, media melaporkan Aliff Aziz dan aktres Ruhainies telah dicekup dipercayai khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, pada awal pagi Sabtu.

Malah, kelibat Bella dan adiknya Didi Astillah di perkarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekitar jam 2.40 pagi pada hari sama tangkapan dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan.

Bella bagaimanapun sehingga kini masih tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu berkenaan.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN