“Perut Sampai Dulu, Tahniah Bilal…,” – Kongsi Tentang Botol Susu, Tapi Lagi Sekali Peminat Syak Neelofa Hamil Lagi?

Share

Hantaran video yang dimuat naik selebriti popular, Noor Neelofa menjadi sorotan para pengguna media sosial, baru-baru ini.

Menerusi paparan tersebut, ia merakamkan bekas hos program MeleTOP itu sedang menunjukkan cara serta memberi perkongsian mengenai botol susu yang digunakan oleh anaknya, Muhammad Bilal.

Selain ruang bilik Bilal yang menjadi perhatian, Neelofa turut diusik netizen mengenai penampilan fizikalnya.

Meninjau ke ruangan komen pada hantaran terbabit, ada di antara mereka yang bertanya adakah Bilal bakal dapat adik selepas ini.

Sebelum ini sekitar Disember lalu, Neelofa juga terpalit dengan spekulasi serupa gara-gara muncul berkerusi roda ketika tiba di  lapangan terbang di Brunei bagi menghadiri sebuah acara.

Imbas kembali, Neelofa menamatkan zaman bujangnya dengan Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan menimang cahaya mata sulung pada 29 Januari tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN