Siapa yang tidak mengenali pelakon Datin Almy Nadia, yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan dramatis popular Datuk Fizz Fairuz. Terdahulu, Almy pernah mengenang semula detik-detik manis dimana dia meneima hidayah sekaligus berkongsi tentang perjalanan hijrahannya yang nekad berhijab pada Jun 2022 yang lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Almy nekad berhijab selepas dia mula mamakai selendang dan pakaian longgar.
Almy Nadia Akui Hijah Perlu Dilakukan Secara Perlahan
“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.
“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun 2022 yang lalu,” katanya.
Suami Tak Pernah Paksa Atau Halang Hasrat Menutup Aurat
Tambah Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah, suaminya juga tidak pernah menghalang hasratnya itu malah tidak memaksa untuk mengenakan hijab.
“Suami ada bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.
“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini. Malah saya berhijab adalah kerana Allah.
Ads
“Lagipun saya sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” jelasnya.
Untuk rekap, Almy mendirikan rumah tangga dengan dengan Fizz pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun itu, rumahtangga pasangan merpati dua sejoli ini diserikan dengan kehadiran lima cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aishah, dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah.
Ads
Terdahulu, Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagram, apabila Datin Almy Nadia selamat melahirkan bayi perempuan yang juga merupakan anak kelima pasangan ini pada pagi Rabu bersamaan 18 September 2024.
MH mendoakan semoga Almy Nadia kekal istiqamah hendaknya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro & Sumber Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan dikejutkan apabila bintang Korea Selatan, Goo Hara telah didapati meninggal dunia di kediamannya. Malah, berita mengenai kematiannya turut mendapat liputan media seluruh dunia.
Lebih tragis, ia merupakan berita kedua seumpamanya dalam tempoh kurang tiga bulan apabila sebelum ini, anggota kumpulan K-Pop f(x) Sulli ditemui mati di kediamannya di Seongnam, Seoul, Korea, pertengahan Oktober lalu.
Sementara itu, berita kematian bekas ahli kempulan Kara ini telah disahkan oleh pihak polis dan punca kematian masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, apa yang merisaukan peminat ialah apabila rakan baik, Heechul yang telah ‘privasikan’ akaun Instagram dan Twitter sejurus berita kematian Goo Hara.
Malah, bintang kacak itu turut ‘unfollow’ semua kenalannya di platform sama.
Lalu, tindakannya itu difahamkan telah menimbulkan ketakutan kepada di kalangan peminat lebih-lebih lagi apabila ramai sedia tahu dirinya mempunyai hubungan erat dengan mendiang Goo Hara dan Sulli.
Didakwa sejak kematian Sulli, Heechul pernah berkabung sekejap dan tetap meneruskan aktiviti seperti kebiasaannya selepas itu.
Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua kenalan dalam tempoh yang sangat dekat dibimbangi akan meninggalkan kesan terhadap Heechul sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan untuk ‘privasikan’ akaun media sosial.
Apa pun, diharapkan tiada perkara buruk berlaku pada Heechul, semoga diirinya tabah dengan dugaan menimpa.
‘Hanya kerana satu Alif, semua Aliff terkena tempiasnya’. Mungkin itu yang boleh disimpulkan apabila rata-rata selebriti lelaki yang mempunyai nama awal sama dengan bintang kontroversi itu turut sama menerima tempias kritikan ramai.
Selepas kontroversi yang melanda penyanyi Aliff Aziz mengenai kes kecurangannya semalam, netizen juga mulai ‘usik nakal’ usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Tidak tahan dengan komen tersebut, Aliff
telah memuat naik video di Instagramnya, siap dilampirkan sama poster wajah Aliff Aziz!
“Korang tau beza tak org ye?? tolong jgn salah komen kat page org lain
“Disebbkan ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua.. jom saya ajar ini perbezaan sya dan aliff aziz…
“Cuba tengok gambar betol2 kan berbeza hidung,gigi, mata smuaa …. saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen setiap kali posting saya… hmm doakan baik2 utk beliau,”tulisnya.
Wawasan 2020 bukan seperti dalam jangkaan setiap rakyat Malaysia.
Kongsi Idzham Ismail, rupanya tahun yang dinantikan satu Malaysia bukan untuk mengukur kemajuan di ruang udara, sebaliknya untuk kemajuan minda.
Jelasnya, sebelum ini ada yang sering menolak ajakan mencuci mata di bazar Ramadan, malah jarang sekali kaki menjejak masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih.
Namun krisis pandemik yang melanda menyebabkan hilang segala kemeriahan yang dahulunya sering dinantikan setiap umat Islam,” kongsi Idzham.
Jelas bintang Juvana ini lagi, apa yang berlaku bukanlah hukuman namun pengajaran untuk lebih menghargai setiap di depan mata.
“Tiada bazar, tiada tarawih, malah tiada lagi kunjungan ke rumah saudara mara.
“Tiada lagi bazar sebelum berbuka. Tiada lagi terawikh bersama. Tiada lagi kunjung mengunjung rumah sanak saudara. Tiada lagi kemeriahan yang sepatutnya.
“Dulu, Ajakan ke bazar penuh alasan sahaja. Jarang sekali ke masjid berterawikh di bulan puasa. Hanya menghargai pagi raya pertama. Berat kaki untuk mengunjung sanak saudara.
“Meriah yang dinanti sebulan berpuasa kebanyakan pagi raya pertama sahaja.
“Tahun ini, bukan lah satu hukuman, tetapi satu pengajaran untuk kita, untuk sentiasa lebih menghargai yang masih ada, masa , diri kita.
“Tahun 2020 yang dinantikan satu Malaysia, bukan kemajuan di udara, untuk minda kita rupanya,” kongsinya.
Terdahulu, kerajaan memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia dibuat bagi mengekang penularan COVID-19 secara menyeluruh.
Foto : Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.