
Menjelang episod akhir drama Astro Original, Honey Trap, tumpuan sudah pastinya terarah kepada pertembungan dua kuasa besar di antara MSB dan CAKRA yang kini telah pun sampai ke kemuncaknya.
Pelbagai persoalan dan misteri yang disusun rapi sejak episod pertama bakal terjawab di dalam episod ini.

MSB yang kini berada di dalam keadaan kucar-kacir perlu merangka strategi ampuh untuk menumpaskan tentera-tentera puak pelampau, CAKRA yang ketika ini sedang berkobar-kobar untuk menjatuhkan kerajaan Masraya.
Dilema Surya Untuk Meneruskan Perjuangan MSB
Satu-satunya harapan Masraya kini terletak di bahu Surya Gabriel lakonan Nina KSC yang ketika ini masih di dalam keadaan dilema selepas terpaksa melalui episod pengkhianatan dan realiti hidup sebagai perisik.

Surya kini harus membuat keputusan pantas meskipun menghadapi tekanan diburu musuh selain turut merasakan dirinya seakan dipergunakan oleh sistem demi kepentingan peribadi orang-orang berkepentingan.
Perang di antara MSB dan CAKRA kini bukan lagi rahsia dan kini sudah menjadi medan terbuka yang pada akhirnya nanti, bakal memberikan impak buruk kepada rakyat dan negara.
Penonton Mula Persoalakan Siapa Benar, Siapa Salah
Dengan krisis dalaman yang melanda MSB selain matlamat jelas yang dilaungkan oleh CAKRA, para penonton kini sudah mula punyai perspektif sendiri terhadap dua entiti ini.

“Adakah kemenangan itu benar-benar milik yang betul?”
Dalam pada itu, pertembungan diantara Surya dan Aziz (Ungku Ismail) juga sememangnya sudah lama dinanti-nantikan. Mampukah Surya meruntuhkan ego Aziz atau hal sebaliknya pula berlaku?
Di sinilah peranan Shidi (Syarul Ezani) benar-benar diperlukan untuk membantu Surya menumpaskan CAKRA.
Episod akhir Honey Trap ini bakal sarat dengan aksi, emosi dan kejutan. Penonton bakal menyaksikan siapa sebenarnya mengawal permainan dan siapa yang akhirnya terperangkap.
Saksikan episod akhir Honey Trap, Jumaat ini, jam 9 malam di platform penstriman Astro One dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




