Pasti korang tahu tentang perubahan pelakon Iqram Dinzly yang dilihat semakin pelik di di laman sosial sejak kebelakangan ini bukan?

Namun, pengarah dan juga pelakon, Erma Fatima meletakkan kepercayaan kepada Iqram walaupun ramai telah mengecam pelakon itu dengan pelbagai kecaman.

Menerusi entri terbaru milik Erma, memberitahu dia yakin apa dilakukan Iqram mempunyai sebab tertentu selain untuk memberi orang lain melihat diri mereka sendiri.

IKLAN

IKLAN

“Aku tak percaya! Biar apa pun kata mereka… aku tetap tak percaya.

 

 

“Di mana juga kau berada dik… Akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan.

 

 

“Setiap kali Akak tengok video live kau… setiap kali itu hati Akak yakin… kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami,” tulisnya dilaman tersebut.

Dalam pada itu, Erma berkata, apa dipaparkan oleh Iqram menerusi video di laman sosial sebenarnya mengingatkan orang lain tentang sikap buruk yang ada pada diri masing-masing.

IKLAN

Malah kata Erma dia percaya, Iqram masih individu sama seperti mana yang dikenalinya.

“Maki hamun, keji mengeji itulah kita. Terima kasih kerana mengingatkan kami tentang diri kami.

 

 

“Akak percaya kau masih Iqram Dinzly yang aku kenal dulu,” tulisnya lagi.

Apa-apa pun, MH berharap Iqram hanya melakukan gimik tetapi jangan keterlaluan kerana mungkin juga ia akan memakan diri tanpa sedar.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI