Penyanyi, Ernie Zakrikini sedang meniti hari untuk disatukan bersama penyanyi Syamel, yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Ernie memberitahu, persiapan majlis perkahwinan bersama Syamel juga sudah hampir selesai, bagaimanapun masih ada beberapa perkara yang harus diselesaikan.
“Persiapan kahwin boleh saya katakan sudah 70 peratus siap memandangkan kami sudah ada tarikh untuk majlis resepsi.
“Cuma tarikhnya sahaja saya dan Syamel akan umumkan kemudian. Agak sukar untuk kami buat pengumuman mengenai tarikh kerana macam-macam perkara boleh berlaku di dalam situasi sekarang.
Ads
“Apa yang pasti setakat ini, kami dah ada tema majlis perkahwinan. Saya daripada dulu memang nak sangat tema Melayu klasik, jadi itulah temanya, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Selain itu, penyanyi berusia 28 tahun ini memaklumkan majlis tersebut akan dilangsungkan awal tahun hadapan.
“Insya-Allah majlis itu nanti akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Ads
“Jadi doa-doakan untuk kami agar semuanya berjalan lancar,” katanya yang akan umumkan tarikhnya kepada umum andai semuanya sudah muktamad.
Terdahulu, Ernie ditemui pada majlis Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung si Pusat Kovensyen Shah Alam (SACC), pada Jumaat.
Ads
Bintang itu diundang untuk membuat persembahan pada majlis anugerah tahunan itu.
Terdahulu, Ernie dan Syamel telah mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos lalu.
Dalam perkembangan lain, Ernie juga sedang mempersiapkan diri untuk bersaing menerusi lagu Gundah di Anugerah Juara Lagu ke-35 yang bakal berlangsung Februari depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, pelbagai spekulasi melibatkan hubungan hos dan usahawan popular, Neelofa dibuat waeganet apabila mendapati ibu dan adik-beradiknya yang lain dikatakan telah berhenti mengikuti PU Riz di Instagram.
Lebih membuatkan ramai mengeluarkan teka-teki sendiri, ada di kalangan ahli keluarga figura terkenal itu telah memuat naik status hampir sama di IG Stories masing-masing, seolah-olah sedang memberikan bayangan sesuatu yang berlaku.
Bagaimanapun menerusi tinjauan MH, Neelofa dan PU Riz masih lagi saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Terdahulu, hal tersebut mula menjadi perhatian netizen hingga rata-ratanya meneka sama ada pasangan tersebut kini sedang mempunyai masalah dalam hubungan mereka atau sebaliknya.
Malah, pelbagai dakwaan telah ditimbulkan pengguna media sosial hingga mencetuskan tular di media sosial.
Misalnya, ada yang memberi dakwaan keduanya sudah pun berkahwin dan mereka dinikahkan bapa kandung Neelofa di Kelantan, sebagaimana yang terpapar di dalam Whatsapp yang ditulis individu yang kini viral.
Bagaimanapun sehingga kini, masih tiada penjelasan rasmi mengenai hal tersebut.
Walau apa pun yang berlaku, semoga ia dapat diselesaikan dengan cara baik mereka, meski pelbagai spekulasi sudah bertebaran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Mark Adam ada meluahkan rasa sedih kerana tidak berpeluang untuk meraikan Hari Natal bersama ibu dan keluarganya pada tahun ini.
Difahamkan, Mark sudah lama tidak bertemu dengan keluarganya yang menetap di Filipina oleh kerana penularan wabak Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia.
Di samping mengimbau kenangan sambutan Hari Natal tahun lalu, penyanyi berusia 39 tahun ini juga berharap pandemik Covid-19 segera berakhir supaya boleh bertemu dengan keluarganya.
“Merry Christmas to my Mom and my family in Cebu, Video ni tahun lepas tahun ni tak boleh balik.
“Insyaallah akan balik bila Pendemic dah tiada, Happy holidays to everyone,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.
Foto: Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi kini sekali lagi hadir hadir dengan sebuah lagu runut bunyi terbaru berjudul Kesempatan Bagimu.
Lagu terbitan Nova Music Malaysia ciptaan gandingan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh bakal melatari drama 28 episod, Tercipta Satu Ikatan yang bakal bersiaran menerusi slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 Disember.
Sementara lirik lagu tersebut pula merupakan hasil karya Ikhwan Fatanna bersama Arisz Abd Rahman.
Berkongsi mengenai Kesempatan Bagimu, Adira memberitahu dia bersyukur atas peluang yang diterimanya dalam dunia nyanyian ketika ini.
“Ada ketika saya rasa bagai ada rahmat tersembunyi dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan hingga kini.
“Terutama terus menjadi pilihan menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama TV. Tapi dalam hati kadang terbit juga rasa, orang tak jemu ke lagi lagi saya.
“Di saat ramai bakat baru dan yang sedia ada bersaing di pasaran, rezeki untuk menyanyikan lagu runut bunyi masih menyebelahi saya. Saya lihat semua itu daripada sudut positif sekali gus jadi penghormatan peribadi buat diri ini.
“Tahun ini saja sudah dua lagu runut bunyi saya nyanyikan. Sebelum ini, saya menyanyikan lagu “Maaf” untuk drama ‘Maaf Tak Indah’ yang menghiasi slot Samarinda TV3 pada bulan Februari lalu,” katanya.
Adira sebelum ini pernah bekerjasama beberapa kali bersama Ikhwan Fatanna.
“Lagu baru ini pun dirakam tanpa ambil masa yang panjang. Selain sudah faham rentak kerja dengan komposer, saya juga sudah dapat lagu ini lebih awal untuk berlatih.
“Kebetulan lagu baru ini pun berentak balada seperti yang sebelumnya. Tak saya nafikan jiwa ini lebih terarah menyanyikan lagu berentak balada dan melankonlik. Mungkin juga dalam ketegasan diri ini, kelembutan jiwa itu masih terserlah,” katanya lagi.
Sementara itu, Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan ini juga menjelaskan, dia secara peribadi tidak menganggap gelaran Ratu Soundtrack itu sebagai perkara membebankan.
“Kalau ada yang suka dengan lagu nyanyian saya melatari drama di kaca TV itu sudah cukup baik. Lagu soundtrack ini menyuntik dan menjentik emosi penonton dan jika ada yang terus memberikan gelaran Ratu Soundtrack kepada saya, saya okey saja.
“Saya bersyukur dengan pengiftirafan sebegitu. Bila difikir daripada skop yang lebih luas, ia semua peluang dan juga rezeki untuk saya kekal relevan di persada seni.
“Untung apabila lagu dipilih jadi runut bunyi kerana dalam tempoh siaran drama itu di kaca TV atau pelantar digital, ia akan terus dimainkan dan secara tak langsung akan cepat diingat. Jadi, selain radio dan laman maya, TV juga jadi ruang promosi yang baik,” katanya.
Pada masa sama, bintang kelahiran Ranau, Sabah ini turut akui menggemari lagu Kesempatan Bagimu.
“Selama menceburi dunia seni, saya sudah terbiasa untuk jatuh cinta dengan lagu nyanyian sendiri. Itu langkah pertama sebelum saya ambil mood menyerap emosi ketika lagu baru dirakamkan atau saat membuat persembahan.
“Tak kenal maka tak cinta. Malah, peluang bekerjasama dengan komposer sedia ada dan yang baru juga menjadi ruang terbaik untuk saya mencabar diri dan terus belajar menyanyi.
“Lebih 10 tahun jadi artis bukan alasan untuk saya terus memeluk tubuh dan rasa selesa dengan apa yang ada. Saya terbuka dengan apa saja yang boleh memberi pembelajaran baru dalam diri.
Dalam perkembangan lain, Adira juga sejak awal tahun ini menceburi perniagaan menjual barangan ‘bundle’ dan vintaj.
“Saya selesa mencuba nasib dalam bidang baru ini. Malah, kemungkinan saya akan buat siaran langsung menjual barang di laman sosial. Tak perlu malu pun, janji rezeki halal. Tak kisahlah siapapun kita.
“Di saat kita diuji dengan pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan dan melibatkan diri dengan pelbagai perniagaan alternatif untuk bangkit semula meneruskan survival,” katanya.
Single terbarunya itu bakal esok, 25 Disember 2020 dan boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music, KK Box dan Deezer pada hari tersebut.
Malah siaran perdana video muzik rasmi single tersebut juga boleh ditonton pada hari yang sama jam 9 malam di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ di pautan ini https://youtu.be/knMLdKVtrQY.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...