“Persiapan Majlis Kahwin Sedang Berjalan,” – Raysha Tunang 22 Disember Tahun Lalu, Cuma Baru Kongsi Berita

Share

Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dirinya sudah selamat bertunang dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, 30, dalam satu majlis yang berlangsung secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu dan bukannya pada Selasa (14 Februari).

Meski sudah bertunang lebih sebulan lalu, namun Raysha, 27, atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz kini baru bersedia untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum.

“Saya bertunang pada 22 Disember, tahun lalu dan baru sekarang memutuskan untuk berkongsi berita ini. Tidak dinafikan ada yang berpendapat ikatan pertunangan tak perlu dihebohkan tapi saya rasa tidak salah untuk berkongsi.

“Persiapan untuk majlis perkahwinan sedang berjalan, doakan semoga semua dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, Dewi Remaja 2015 ini memuat naik hantaran di Instagram mengenai hari bahagianya itu.

“Alhamdulillah. Saya secara rasminya bertunang,” kongsinya pada ruangan kapsyen.

Media sebelum ini melaporkan, adik kepada Uqasha dan Nelydia itu sudah bersedia untuk bergelar suri hati kepada lelaki pilihannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Nabil Jeffri

IKLAN