Categories: Uncategorized

Persenda DS Rosmah Sempena Halloween, Instafamos Singapura Ini Terima Ugutan

Share

Baru-baru ini, Instafamous daripada Singapura, Wendy Cheng ada memuat naik video ‘menjadi’ Datin Seri Rosmah Mansor sempena parti Halloween di Youtube.

Gambar tersebut menunjukkan mekap dan pakaian Wendy mirip isteri bekas perdana menteri itu.

Terdahulu, gambar tersebut telah dimuat naik Wendy menerusi entri di laman Instagram miliknya.

Lantaran itu, entri tersebut telah menerima pelbagai kritikan terutamanya daripada netizen Malaysia yang merasakan perkara tersebut tidak lucu.

Wendy juga turut menerima ugutan bunuh di inbox Instagram miliknya.

Tambah Wendy, dia meminta orang ramai supaya tidak memperbesarkan isu ini kerana baginya setiap orang bebas menjadi apa yang mereka mahukan ketika menyambut perayaan Halloween.

Bimbang dengan ugutan tersebut, ini respon Wendy menerusi IG story miliknya;

“OMG this Rosmah Halloween look is going out of control viral and i feel damn sian because  I haven’t even posted the full video yet.

“Im getting a lot of threats from people. Im legit bit fearing for my life. It’a Halloween look la chill, people become all kind of famous people,” tulisnya.

Foto: Instagram Wendy Cheng

IKLAN