Persembahan Zamani, Siti Nordiana & Duet Nabila Razali Curi Tumpuan, Jelajah Suria FM Di JB Penuh Dengan 8000 Penonton

Share

Meriah! itu yang boleh disimpulkan apabila kira-kira 8,000 pengnjung membanjiri ruang di pentas utama Paradigm Mall, Johor Bahru pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung Sabtu lalu.

Kemeriahan itu dirasakan dengan kehadiran barisan artis popular yang ‘sporting’ menghiburkan penonton antaranya Zamani, Dolla, Yonniboi, Boboy dan ramai lagi.

Antara yang menarik mencuri perhatian menerusi persembahan duet Siti Nordiana bersama Floor 88 untuk lagu Gurauan Berkasih manakala Nabila Razali berkongsi pentas bersama Renggo Arrow menyanyikan lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah.

Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid yang mesra disapa sebagai DJ Lin berkata, sambutan peminat setia Suria FM di Selatan kali adalah yang paling ramai pernah dicatatkan sejak penganjuran siri jelajah berkenaan.

“Sambutan seumpama ini kami jadikan sebagai kayu pengukur dalam melihat progres serta pencapaian Suria FM. Kejayaan ini mencetuskan inspirasi buat kami di Suria FM agar terus berusaha memberikan yang terbaik buat pendengar setia kami.

“Misi terdekat kami adalah untuk meletakkan Suria FM tersenarai di antara 3 stesen radio bahasa Melayu popular dan paling ramai khalayak pendengar, apatah lagi tahun ini menyaksikan Suria FM bakal menyambut ulang tahun Ke-15 penubuhannya.

“Mohon Doa semua moga impian dan hasrat kami menjadinyata dan moga Allah permudahkan segalanya,” katanya kepada MH.

Tambahnya lagi, Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL akan berada di lokasi terakhir Sabtu ini di East Court, IOI City Mall, Phase 2, Putrajaya.

“Acara yang akan bermula seawal jam 1 tengahari itu bakal menyaksikan persembahan lebih 18 artisantaranya, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Imsoniacks, Amir Uk’s, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, WanyHasrita, Haqiem Rusli, Iman Troye, Amir Masdi dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN