Menerima kritikan menerusi persembahannya pada malam Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) lalu, penyanyi Khai Bahar memohon maaf seandainya ada kelemahan ketika menyampaikan single popularnya, Luluh di pentas anugerah tahunan berkenaan.

Menerusi media sosial, ada netizen yang mempersoalkan vokal penyanyi itu yang dirasakan ‘biasa-biasa’, terlalu perlahan selain ‘tidak masuk’ dengan muzik.

Akui Khai, dia mengakui kecacatan persembahan khasnya melibatkan kualiti vokalnya pada malam itu datang dari kesilapan sendiri yang mudah gugup ketika melakukan persembahan secara langsung hingga menjejaskan konsentrasi di atas pentas.

IKLAN

Persembahan Luluh Dianggap ‘Biasa-Biasa’ di AME2018 Lalu, Khai Bahar Mohon Maaf

“Mula-mula sebelum menyanyi okay saja. Namun tiba-tiba rasa macam ada tak kena. Jadi saya mohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang persembahan tersebut.

 

“Bagaimanapun, saya dah cuba sampaikan lagu itu dengan baik sebab sebagai penyanyi, pastinya kita mahu berikan yang terbaik untuk peminat.

 

“Cuma itulah, kalau ada yang kurang berpuas hati, saya akui akan rasa gugup bila mana perlu buat persembahan di atas pentas besar secara langsung,” kongsi Khai yang akan cuba memperbaiki diri, seterusnya menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk melakukan lebih baik di masa depan.

Persembahan Luluh Dianggap ‘Biasa-Biasa’ di AME2018 Lalu, Khai Bahar Mohon Maaf

IKLAN

Terdahulu, persembahan bintang yang turut memenangi anugerah terulung di AME tahun ini menerusi kategori Top Top MeleTop (Lelaki) ini adalah menerusi segmen ketiga di samping Haqiem Rusli dan Ismail Izzani.

IKLAN

Foto: Instagram Khai bahar

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI