Pernah Tukar Nama Komersial, Dah 10 Tahun Dalam Dunia Seni. Ini Kisah Bella Dally. Rupanya Dia…

Share

Sebut sahaja nama pelakon dan model, Nabilah Ali Dally atau nama komersialnya, Bella Dally, pastinya terbayang akan gaya dan fesyen Muslimah yang dibawa.

Lihat sahaja penampilannya yang anggun dan membuatkan ramai terpesona dengan kejelitannya.

Jadi, jom ikuti 10 trivia menarik mengenai Bella!

1. Muda, cantik dan matang! Bella dilahirkan pada 27 September 1991 (28 tahun).

2. Bella merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah.

3. Bapanya, Ali Dally Abdul Wahab Dally sementara ibunya pula bernama Weana Quadra.

4. Bakat Bella mula dicungkil menerusi program realiti pencarian bakat dalm bidang lakonan, Pilih Kasih (2009) yang turut melibatkan Datuk Rosyam Nor.

Ketika itu, Bella menduduki tempat keempat.

5. Bella menukar namanya dari Nabilah Dally kepada Bella Dally untuk mengelakkan kekeliruan dengan pelakon Nabila Huda. Ramai yang keliru taw!

6. Drama pertama lakonannya ialah Qalesya musim kedua yang dibintangi oleh Elfira Loy, disiarkan di Astro Prima pada 2010. Bella ketika itu memegang watak antagonis.

7. Bella mula berhijab pada tahun 2014. Alhamdulillah semoga Bella kekal istiqomah!

8. Rezeki kian mencurah! Bella telah dilantik sebagai duta produk Muslimah, Ariani, seterusnya melancarkan jenama tudung sendiri Bella Dally by Ariani.

9. Tanggal 10 September 2016, Bella berkahwin dengan pelakon Nazim Othman.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka tidak utuh dan mengumumkan perceraian pada 17 Mei 2018.

10. Pada 12 Januari lalu, Bella telah mengikat tali pertunangan

dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Arif,34 tahun selepas lima bulan berkenalan. Mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bella tampil cantik dan berseri dengan mengenakan busana berwarna kuning lembut yang dihadiri keluarga serta kenalan rapat sahaja.

 

Foto/Info : Instagram Bella Dally , Carian google

IKLAN