Pelakon, Scha AlYahya mengakui pernah terfikir untuk ‘berehat’ daripada media sosial satu ketika dahulu.

Katanya, sebab utama dia ingin berbuat demikian bukanlah kerana tertekan tapi lebih kepada ingin ‘detox’ dirinya.

“Dua tiga bulan sebelum ini memang pernah terfikir nak tutup atau berehat daripada media sosial, tak ada rasa tertekan tapi saya ingin ‘detox’ dan nak fokus kepada benda yang sepatutnya, benda yang lebih penting.

 

“Scha terfikir benda tu sebab lihat adik, dia dah hampir setahun tak ‘detox’, tak update apa-apa di media sosial, dia rasa lebih aman, lebih fokus.

 

“Pada Scha, bukanlah nak kata sosial media ini tak bagus, dia ada kelebihan dan kekurangannya cuma itulah, kadang-kadang kita boleh terleka dengannya, yelah…dok kejar like, edit gambar itu ini semua,” katanya kepada MH.

Scha berkata demikian ketika ditemui di Majlis Malaysia’s Top Infleuncer Watsons di Studio DL pada Khamis di mana dia juga turut terlibat sebagai juri dan mentor untuk pencarian Malaysia’s Top Influencer Watsons.

IKLAN

“Pernah Terfikir Untuk Tutup Media Sosial, Nak Detox…,” -Scha AlYahya

IKLAN

Tambahnya lagi, Scha mengakui dia sendiri jarang mengemas kini laman sosial medianya hingga ada yang memberikan kecaman terhadapnya, namun pelakon drama Awan Dania itu hanya menganggap itu semua adalah asam garam kehidupan sebagai selebriti.

IKLAN

“Kalau perasan, Scha kalau buat benda tak share sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain sebab kita berbeza. Tapi bila tak share itu macam-macam komen pula yang Scha terima, orang tuduh macam-macam.

 

“Pada Scha, saya lebih pentingkan masa berkualiti, tak semestinya Scha tak tunjuk tu maknanya kita tak buat kan? Macam solat, tak kan masa nak solat nak update?

 

“Apa-apapun, semua ini berbalik pada diri sendiri, kena pandai seimbangkan dan juga ‘self-love’ jangan terlalu tertekan dengan apa yang netizen nak,”akhirinya.

Foto/Instagram: Scha AlYahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI