Pernah Kerja Bersama Dalam Projek Drama, Sherry Ibrahim Dedah Sikap Baik Shaza Bae – “Antara Artis Baru Penuh Disiplin, Hormat Orang.”

Share

Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim turut terlibat sama menjalani penggambaran bersama pelakon, Shaza Bae bagi sebuah drama rantaian berjudul Jangan Ganggu Jodohku.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim ada memberi pujian terhadap sikap pelakon berusia 25 tahun itu ketika di set.

Sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan, Sherry menyifatkan Shaza sebagai pendatang baru berdisiplin dan menhormati orang sekeliling.

Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini berharap agar Dewi Remaja 2019/20 itu untuk sentiasa mengekalkan sikap positif berkenaan.

“Proud of my baby girl @shazabae_ sebab antara artis baru yang penuh dengan disiplin dan sangat menghormati orang sekelilingnya. Keep it up Shaza & stay humble always!,” tulis Sherry.

Drama Jangan Ganggu Jodohku bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Megadrama, Astro RIA.

Selain Shaza dan Sherry, drama bersiri ini turut dibintangi pelakon Yusuf Bahrin, Amerul Affendi, Shah Iskandar, Sabhi Sadhi dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

IKLAN