“Pernah Kena Tinggal, Katanya Kita Tak Macam Perempuan,” – Sekarang Makin Lawa Menawan, Cik Manggis Dedah Zaman Sekolah Dipanggil Jalak

Share

Anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin ada mengenang kisah zaman persekolahan tidak lama dulu.

Sambil berkongsi cerita zaman remaja, bintang ini turut sama memuat naik foto lamanya.

“Korang: “Manggis/Kak Manggis/Awak ni memang cantik sejak lahir ye?” Jawapan: Hmmm.. Korang swipe left je la.

“Sekolah rendah orang panggil Jalak. Sekolah menengah orang panggil Ali. Dulu pernah cinta monyet tapi kena tinggai sebab katanya kita tak macam perempuan. (Additional, tak cukup cantik),” akuinya.

Lalu menerusi hantara sama, Cik Manggis juga menegaskan peribadi serta hati yang baik lebih penting berbanding fizikal.

“Pedulikan kata orang, kita kena percaya yang kita ni cantik sebab memang semua manusia dijadikan cantik & handsome. Bezanya, rajin & malas je nak jaga diri.

“Rupa, perwatakan & skin tone tak penting. Yang penting punya peribadi & hati yang baik. Dan sentiasa la jaga kebersihan diri sbb orang yang bersih ni automatic kacak!

“Sekian, perkongsian saya pada malam ini. Selamat malam semua,” tulisnya di Instagram minggu lalu.

Cik Manggis kini bahagia harmoni bersama suami, Syazmin Firdaus Aminuddin yang dikahwininya pada Oktober 2014.

Foto: Instagram Cik Manggis

IKLAN