Anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo atau nama lengkapnya, Nur Hasan Balas yang kini kerap terlibat dalam aktiviti keagamaan mengakui khilafnya sebagai seorang Muslim sebelum ini.
Jelas peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini, pada awal penglibatannya dalam seni, dia akui sering alpa dengan hal duniawi hingga membelakangkan soal agama.
“Dulu saya akui saya agak jahil mengenai agama, banyak benda yang saya tinggal dan hanya ingat soal dunia. Sehinggalah Allah turunkan hidayah saya belajar bahawa kalau nak kejarkan dunia, kita kena ada agama.
“Jadi bila saya berhijrah kira-kira dua tiga tahun lalu, saya cuba tingkatkan ilmu agama. Saya tidak pernah sembahyang… Tak pernah solat kira-kira 20 tahun lalu. Ketika kecil saya hanya Solat Jumaat sahaja.
“Bayangkan ketika itu, masjid di sebelah rumah pun saya tak nampak. Bila saya berhijrah, masyaAllah ada surau berdekatan dengan rumah. Bayangkan betapa gelapnya hati saya ketika itu,” katanya jujur kepada MH.
Bintang berusia 44 tahun ini juga menyifatkan keinginan untuk dirikan solat itu mulai timbul apabila terdetik di dalam hati apakah nikmatnya apabila mendirikan tiang agama itu.
Ads
“Jadi bila saya nak belajar, ketika itu saya terfikir apa rasanya bila orang solat. Orang kata bila solat itu lahirnya nikmat, saya mahu nikmati rasa itu. Pada awalnya saya nak belajar solat Subuh, saya belajar sendiri… Tengok Google dan saya berjaga dan tak tidur.
“Bermula dari Subuh saya ke masjid, kemudian dari situlah saya istiqamah selama dua minggu, tanpa henti dan tiba-tiba dia bagi saya hidayah untuk solat Isyak dan Marghrib di surau yang sama.
“Kemudian Allah bagi ilham lagi, rasa seronok dan saya belajar pula Asar dan Zuhur. Kalau dulu saya tidur sampai petang. Kali ini bila rasa nak belajar tu, saya cuba. Alang-alang saya cubalah sempurnakan lima waktu.
Ads
“Alhamdulillah pada masa dari situlah saya belajar solat sunat dan ada juga yang belajar ayat suci al-Quran,” katanya yang ada belajar agama dari pelajar Timur Tengah,” jelas Jojo yang turut menambah, mimpi yang dialaminya suatu ketika dahulu ibarat memberi signal buat dirinya.
Malah sehingga ke hari ini, ia kekal bermain-main di fikiran, yang sekali gus menggerakka hati untuk terus cuba menjadi Muslim yang lebih baik.
“Dulu saya pernah mimpi, tampil seorang individu yang wajahnya bercahaya dan dia beritahu namanya Muhammad. Saya tak berapa nampak akan raut wajahnya dan dia bawa satu ke sebuah perigi dan minta saya minum. Dia berikan saya bunga.
Ads
“Dalam pada itu, saya juga baca muqadam sehingga al-Quran, begitu lancar saya bacanya. Kemudian saya buka suatu pintu dan melihat langit yang luas, di sana saya nampak ramai lelaki yang berjubah putih dan mereka ajak saya solat.
“Kami ada rujuk ustaz dan katanya syaitan tidak akan menyerupai Nabi Muhammad,” katanya lagi.
Pada masa sama, Jojo kini turut sertai beberapa aktiviti dakwah bersama rakan artis lain bintang ini juga sebolehnya cuba terapkan dalam diri untuk tidak tinggalkan solat dan amal meski sibuk dalam hal duniawi selepas ini.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
Semoga perkongsian darinya dapat dimanfaatkan semua, insyaAllah…
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 1 September lalu menjadi detik bersejarah buat pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana kerana telah selamat bergelar suami isteri.
Malah, Nadzmi meluahkan rasa gembira kerana sudah dua bulan di sisi insan tersayang.
“Macam tak percaya je dah 2 bulan jadi suami.
“Dah 2 bulan awak menghantui hidup saya. Saya harap awak akan terus menghantui hidup saya sampai bila bila. #AdhwArdell,” tulisnya yang sudah berkawan dengan Ardell sejak lapan tahun lalu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagian mereka berdua. Malah, ada juga yang menanti kelahiran permata sulung mereka.
Terdahulu, Nadzmi memberikan mas kahwin berjumlah RM300 dan hantaran senaskah Al-Quran yang telah dikhatam oleh Adhawa seperti yang dipinta oleh isterinya itu.
Malah, majlis resepsi mereka berlangsung meriah di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong berkonsepkan ala-ala ‘Fairytale’ yang dihadiri seramai 6,000 tetamu pada 6 Oktober lalu.
Awal semalam, vokalis kumpulan Xpose, Furhan atau nama sebenarnya, Ahmad Khairul Furhan ada meminta doa ramai agar mendoakan kesihatan bapanya, Zahari Ismail yang kini telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Berita tersebut dimaklumkan bintang ini menerusi Instagram, selain turut berkongsi foto sama di IG Story miliknya.
“Assalamualaikum… Dengan rasa rendah diri saya mintak semua mendoakan kesihatan Abah saya Cikgu Zahari bin Ismail yang mengalami jangkitan kuman di paru paru.
“Sekarang berada di Hospital Besar Kuala Terengganu.
“Mintak semua doakan kesejahteraan dan kesihatan Abah.
“Abah jarang sakit..tak pernah masuk hospital selama saya hidup 27 tahun..doakan abah saya ye…,” tulis Furhan di ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat terus menitipkan dedikasi serta mendoakan agar bapa penyanyi ini segera sembuh.
Foto: Instagram Furhan Xpose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti sedia maklum, Wawa kini sedang menanti detik melahirkan anak ketiganya tidak lama lagi.
Menerusi entri terkini Aeril di Instagram, pelakon tampan itu ada berkongsi kisah isterinya yang kuat berkerja meski sedang berbadan dua.
“Ok la ok la ni yg version sbnr ..Gurau2 sayang.. Kepada isteriku @w4w4_zainal saya tahu awak penat kandung kan baby selama 9 bulan.
“Saya tahu awk penat wlupun awk selalu kata awk kuat, awk bole buat.. saya tahu awk penat kena pegi meeting sana sini.. kerja kuat utk bisnes kita.
“Saya tahu semua tu.. terima kasih syg utk segala nya . Ya ! Kita lelaki tak sekuat wanita. Doakan Di permudah kan urusan isteri saya bersalin nanti.. .Last… lirik lagu tu kata HANYA BIDADARI SEBAGAI GANTI.. tapi awak tiada pengganti @w4w4_zainal,” tulisnya.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...